BAITULMAKDIS: Pemimpin pembangkang Israel, Encik Gadi Eisenkot, semakin hampir menggantikan Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu, selepas mendapat sokongan 67 anggota Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu, berbanding hanya 46 yang menyokong pemimpin Parti Likud itu.
Bagaimanapun, Presiden Israel, Encik Isaac Herzog, berkata beliau hanya akan mengumumkan pada Ahad ini, 8 November, siapa yang diberi mandat membentuk kerajaan, berikutan perbezaan pendirian antara...





