KABUL: Satu perpustakaan bergerak tiba di sebuah kediaman anak-anak yatim di Kabul kelmarin - pertama kali selepas Taleban kembali berkuasa di Afghanistan, yang menggembirakan kanak-kanak di rumah tumpangan itu.
"Saya sangat gembira. Saya belajar untuk mencintai buku semula," kata Arezo Azizi, 11 tahun, yang gemar membaca.





