SEORANG lelaki Bangladesh yang merakam perbuatannya mengadakan hubungan seks dengan temanitanya, yang kini sudah memutuskan hubungan dengannya, dipenjara 12 minggu semalam kerana berkongsi klip video itu bersama sepupu wanita berkenaan menyusuli satu pertengkaran.
Lelak itu mengaku bersalah mengedar rakaman itu tanpa kebenaran wanita tersebut. Namanya tidak boleh disiarkan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti mangsa.





