SERAMAI 500 peserta daripada institut pengajian tinggi tempatan menyertai satu cabaran alam maya yang mendedahkan mereka tentang usaha menjamin keselamatan Singapura daripada pelbagai ancaman keganasan.
Peserta tersebut yang dipilih untuk menyertai Cabaran Penyiasat (Investigator's Challenge) diperlukan menyelesaikan pelbagai cabaran dalam senario keganasan menerusi sebuah platform permainan video tiga demensi interaktif.






