SEJAK tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka yang tidak membersihkan meja selepas menjamu selera di pusat penjaja pada 1 September lalu, satu amaran bertulis telah diberi kepada seorang individu kerana enggan mengikut nasihat pegawai penguatkuasaan untuk memulangkan pinggan mangkuk yang kotor.
Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor, berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Cik Joan Pereira (GRC...






