Walaupun dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat angin ahmar, semangat juang dan ketabahan penerbit program televisyen veteran, Encik Mockram Kassim, tidak pernah luntur.
Malah, sifat tersebut menjadi antara lain yang akan terus dikenang oleh insan tersayang tentang beliau, luah anak bongsu Allahyarham, Cik Habibah Mockram, 46 tahun, kepada Berita Harian (BH).





