JOHOR BAHRU: Syarikat pusat data, DayOne Data Centers Limited (DayOne), telah membangunkan sumber air alternatif menggunakan teknologi rawatan air Sungai Tebrau bagi sistem penyejukan pusat datanya, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air terawat awam.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata inisiatif itu membantu memelihara keterjaminan bekalan air untuk kegunaan rakyat ketika negeri tersebut terus membangunkan sektor teknologi...





