PEMAIN boling negara Iliya Syamim pada Sabtu (6 Nov) mencatatkan permainan sempurna 300 (jatuhan pin) dalam pusingan pertama acara kelayakan perseorangan wanita Kejohanan Dunia Super Persekutuan Boling Antarabangsa yang berlangsung pada 6-15 November. Pemain berusia 21 tahun itu, yang membuat penampilan sulung kejohanan antarabangsa, menamatkan pusingan pertama di Pusat Boling Antarabangsa Dubai dengan jumlah lima permainan sebanyak 1,205 jatuhan pin...






