Singapura perlu melakar inovasi dalam keselamatan siber dengan membangunkan pendekatan serta keupayaan baharu untuk menangani ancaman pada masa hadapan dan bukan sekadar bertindak balas terhadap ancaman tersebut semata-mata.
Menegaskan demikian, Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, berkata langkah itu merangkumi usaha menilai cabaran keselamatan siber menjangkau tempoh semasa dan melabur dalam keupayaan yang mungkin diperlukan...





