Apabila melihat ayahnya terbaring tidak sedarkan diri di Unit Jagaan Rapi (ICU), Tya Eliza Rauzan, 10 tahun, tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata di sisi ayahnya pada 9 November.
Tya dan adiknya, Lya Emilia, 8 tahun, kemudian menulis sekeping nota berisi kata-kata semangat buat bapanya, Rauzan Rahman, untuk cepat sembuh.





