JAKARTA: Naib Presiden Indonesia, Encik Gibran Rakabuming Raka, menyatakan hasrat untuk meletak jawatan selepas kontroversi mengenai kelayakan akademiknya semakin memuncak, sekali gus membuka kemungkinan beliau menghadapi proses pemecatan oleh Parlimen.
Hasrat itu disampaikan kepada Presiden Prabowo Subianto dalam pertemuan selama dua setengah jam di kediaman rasmi Presiden di kompleks Widya Chandra, Jakarta, pada 10 November.





