KERJASAMA antarabangsa adalah penting bagi membantu Asia-Pasifik pulih daripada pandemik Covid-19 dan membina ekonomi yang kukuh, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Dalam satu kiriman Facebook semalam, Encik Lee berkata beliau menekankan "pentingnya pembukaan semula sempadan kita secara berperingkat bagi membolehkan kita membina semula ekonomi kita dan menyokong perniagaan" di Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) malam kelmarin.






