TIMBALAN Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Press Holdings (SPH), Encik Anthony Tan, akan meninggalkan syarikat itu untuk menyertai MOH Holdings, syarikat yang menyelia aset penjagaan kesihatan awam Singapura.
Beliau akan menyandang jawatan pengarah urusan MOH Holdings bermula 15 Disember. Hari terakhirnya bersama SPH ialah 7 Disember.






