Jumlah isi rumah berpendapatan lebih rendah yang menerima bantuan kewangan dan sokongan sosial daripada pemerintah merosot ke paras terendah dalam tempoh lima tahun pada 2025.
Namun, pada masa yang sama, lebih banyak isi rumah yang disifatkan lebih berdikari kembali memerlukan bantuan dalam tempoh tiga tahun mereka dikeluarkan daripada skim bantuan ComCare tersebut, mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial...





