Tanggungjawab menjaga anak kecil berusia enam tahun ke bawah merupakan antara cabaran utama yang dihadapi keluarga berpendapatan rendah di bawah ComLink+. Demikian didedahkan Laporan Trend Sokongan Isi Rumah Berpendapatan Rendah 2026 yang diterbitkan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 16 November.
Laporan tersebut turut menyingkap bahawa separuh daripada keluarga yang menerima bantuan ComLink+ itu masih belum mencapai tahap kestabilan...





