SINGAPURA telah mengambil tindakan pantas untuk membasmi pelbagai maklumat palsu kerana ia boleh mencetuskan permusuhan antara pelbagai kumpulan di sini, selain mampu menghakis kepercayaan terhadap institusi awam, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Encik Desmond Tan (gambar kanan).
Sejak Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) digubal pada 2019, pemerintah telah menggunakannya untuk menangani pelbagai kepalsuan, seperti tuduhan...






