Hampir empat dekad membina nama dalam dunia lakonan, pelakon veteran Malaysia, Zulkifli Ismail, akhirnya berjaya menunaikan satu impian yang sekian lama tersimpan di hati iaitu menggenggam ijazah sarjana.
Namun begitu, kejayaan menamatkan pengajian Sarjana Pengajian Persembahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di Tanjong Malim, Perak, dengan purata nilai gred (GPA) sempurna 4.0 itu tidak datang bergolek.





