ISI rumah di Singapura dinasihati menjimatkan elektrik sedang kos meningkat berikutan kenaikan harga bahan bakar sebanyak seganda, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong.
Dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang diajukan Encik Murali Pillai (Bukit Batok) di Parlimen, Encik Gan berkata, harga bahan bakar naik lebih seganda dalam tempoh setahun setengah lalu, meninggalkan kesan terhadap negara di seluruh dunia...





