PUTRAJAYA: Kementerian Ehwal Luar Malaysia (Wisma Putra) kelmarin telah memanggil Duta Besar China, Encik Ouyang Yujing, bagi menyatakan bantahan atas isu pencerobohan kapal negara itu, termasuk kapal penyelidikan, dalam Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia di luar pesisir Sabah dan Sarawak.
Menurut kenyataan dikeluarkan Wisma Putra lewat malam kelmarin, keberadaan serta aktiviti kapal terbabit bertentangan dengan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 dan...





