Daripada kegigihan anak-anak yang membesar tanpa kehadiran ibu bapa, isteri yang terpaksa membesarkan anak-anak bersendirian hinggalah keluarga yang berusaha meneruskan kehidupan meskipun berdepan pelbagai cabaran.
Demikian antara kisah sebenar kehidupan keluarga yang terjejas akibat kancah dadah yang diketengahkan dalam penerbitan terbaharu Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) sempena ulang tahun ke-20 badan amal itu.





