Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad, telah bertemu wartawan menerusi dalam talian pada 13 November untuk berkongsi mengenai lawatan rasminya ke Arab Saudi dan Mesir dari 8 hingga 14 November.
MasyarakatNov 14, 2026 | 3:00 PM

S’pura mohon tambah kuota haji 2028

Singapura telah menyuarakan hasratnya kepada pihak berkuasa Arab Saudi untuk menambah kuota haji bagi musim 2028, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad.

Sejak 2023, apabila kuota haji pasca pandemik Covid-19 dibuka sepenuhnya, Singapura telah diperuntuk kuota haji rasmi 900 tempat, termasuk bagi haji 2027.

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad (tiga dari kanan), menyaksikan satu perjanjian dimeterai antara Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga di Gaza, Palestin, semasa lawatannya ke persatuan itu di Kahirah, Mesir, pada 10 November. Beliau turut ditemani (dari kiri) Pengerusi RLAF, Encik Abdul Razak Maricar; Duta Singapura ke Mesir, Encik Dominic Goh; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RLAF, Encik Adnan Abdul Hamid;  CEO (ERC), Dr Amal Emam; dan Bendahari ERC, Encik Ali Mubarak.
MasyarakatNov 14, 2026 | 3:00 PM

RLAF ikat kerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Mesir salur bantuan kemanusiaan ke Gaza

Makanan panas dan air bersih, ubat-ubatan serta bekalan musim sejuk yang disumbangkan rakyat Singapura kepada warga Palestin di Gaza akan disalurkan dengan lebih tepat kepada golongan yang paling memerlukan melalui kerjasama baru antara Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir (ERC).

Kedua-dua badan bukan pemerintah itu menandatangani surat persefahaman (LOU) pada 11 November, yang membolehkan RLAF,...

Encik Zulhilmy Azrin (bertopi) mendaftarkan anaknya – (dari kiri) Maryam, Hafsa dan Idris – dalam kelas silat untuk membantu mereka fokus dan berdisiplin.
SingapuraNov 14, 2026 | 5:30 AM

Belajar melebihi bilik darjah bina sahsiah, yakin diri 

Di rumah, Maryam Zulhilmy, sembilan tahun, gemar melukis komik. Adiknya, Idris Zulhilmy, tujuh tahun, mencipta wayang kulit, memainkan muzik gamelan menerusi aplikasi iPad dan membuat persembahan untuk keluarga, lengkap dengan nyanyian dalam bahasa Jawa.

Melihat minat mereka, ibu bapa mereka, Encik Zulhilmy Azrin, 35 tahun, dan Cik Nadia Ramlee, 34 tahun, menggalak dan mengasah bakat anak mereka itu.

Kejadian yang berlaku sekitar 2.15 pagi, 13 November itu melibatkan Jambatan Tacony-Palmyra sepanjang 1.1 km, yang merentasi Sungai Delaware.
SingapuraNov 13, 2026 | 10:02 PM

MPA: Kapal berdaftar S’pura “bertembung” dengan jambatan di Amerika; tiada kecederaan dilaporkan

Sebuah kapal yang berdaftar di Singapura telah “bertembung” dengan sebuah jambatan di New Jersey, Amerika Syarikat, pada pagi 13 November, menurut Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA).

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan orang awam mahupun anak kapal di atas kapal pengangkut pukal Strategic Alliance itu, tambah pihak berkuasa tersebut dalam satu kenyataan pada hari yang sama.

Pemain tengah Singa, Song Ui-young (dua dari kiri) menjaringkan gol penyamaan Singapura untuk menjadikan kedudukan 1-1, sebelum Paraguay mendahului perlawanan sekali lagi beberapa minit kemudian. Walaupun pasukan Singa tewas 4-1, mereka mempamerkan semangat juang yang senang disaksikan para peminat Singa.
SukanNov 13, 2026 | 9:56 PM

Singa pamer semangat juang tinggi meski tewas 4-1 kepada Paraguay

Walaupun Singa ditewaskan 4-1 Paraguay dalam Cabaran Mizuho Blue – Siri Bola Sepak Kallang Singapura di Stadium Negara, mereka mempamerkan semangat juang dan prestasi yang meyakinkan.

Pasukan Singa memulakan perlawanan dengan baik apabila mempamerkan corak permainan menarik dan tidak gentar berdepan cabaran Paraguay, yang berada jauh lebih tinggi dalam ranking dunia.

ChildAid 2026, acara amal, kutipan dana
SingapuraNov 13, 2026 | 7:59 PM

ChildAid 2026 kutip lebih $2.3j dalam acara amal pertama di luar bangunan

Buat julung-julung kalinya dalam sejarah 21 tahun, acara ChildAid diadakan di luar dewan konsert, di tengah-tengah Kawasan Pusat Bandar (CBD), sekali gus menarik perhatian orang ramai dan pekerja pejabat di atrium UOB Plaza pada 13 November.

Dianjurkan oleh The Straits Times (ST) dan The Business Times (BT), acara amal tahunan ini telah mengumpul $2,313,000. Jumlah itu termasuk derma yang dibuat...

https://www.beritaharian.sg/singapura/pub-cuba-kenderaan-pengepam-kawalan-jauh-tangani-banjir-lebih-pantas
Play Video

Abdul El-Sayed cipta sejarah, Muslim pertama dipilih ke Senat AS
Play Video

Pelaburan $28b di JS-SEZ dilulus, potensi cipta lebih 28,000 kerja
Play Video

PM Wong: Pemerintah PAP mesti rancang masa depan, buat pilihan sukar demi S'pura
Play Video

Harga elektrik dijangka tidak banyak terjejas akibat potongan gas dari Indonesia
Play Video