MENAMPILKAN reka bentuk bertenaga dengan teknologi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam, pengeluar kereta Korea Selatan Hyundai baru-baru ini menghasilkan kereta yang berupaya memenuhi citarasa golongan muda.
Hyundai Kona Hybrid model yang dilancarkan baru-baru ini merupakan sebuah kenderaan comel yang dikuasai enjin petrol dan motor elektrik.





