Lebih banyak usaha telah dilakukan untuk menjadikan Bulan Bahasa terangkum dan relevan kepada generasi muda, kata Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, Pengerusi Bulan Bahasa.

Ini termasuk menggunakan unsur muzik, seni dan media sosial, bagi memberikan lebih banyak pendedahan kepada generasi muda untuk mendalami bahasa serta budaya Melayu.