Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Agihan zakat bertambah berkat sokongan masyarakat, daya tahan masjid

Jan 02, 2022 | 05:30 AM



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengagihkan zakat sekitar $3.5 juta kepada 7,862 isi rumah berpendapatan rendah bagi 2021 melalui pengagihan akhir tahun (YED) tahunannya. Jumlah yang diagihkan merupakan peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding tahun lalu dan merupakan yang tertinggi pernah diagihkan Muis. BERITA MINGGU mengkaji pelbagai sokongan yang disediakan untuk memenuhi keperluan segera golongan yang memerlukan, menerusi zakat dan program pemerintah lain.



SOKONGAN kukuh masyarakat dan daya tahan sektor masjid meskipun dalam keadaan yang mencabar di tengah-tengah pandemik Covid-19 sekarang telah membolehkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengagihkan jumlah zakat yang terus meningkat kepada lebih ramai keluarga berpendapatan rendah.



Muis mengagihkan zakat sekitar $3.5 juta kepada 7,862 isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan akhir tahun (YED) bagi 2021.



Jumlah yang diagihkan itu merupakan peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding $3.01 juta tahun lalu dan merupakan yang tertinggi yang pernah diagihkan Muis menerusi YED.



Malah menurut Ketua Unit Strategik Dasar Pembangunan Sosial Muis, Encik Zulfadhli Gazali, jumlah benefisiari yang dibantu menerusi YED itu juga adalah yang tertinggi sejauh ini.



Menurutnya, jumlah rekod pengagihan dan benefisiari yang dibantu menerusi YED itu antara lain disebabkan sokongan kukuh oleh masyarakat menyumbang zakat kepada Muis dan daya tahan sektor masjid terus mendekati golongan yang mudah terjejas.



"Meskipun dalam keadaan yang mencabar semasa pandemik ini dengan... penutupan masjid, masyarakat tampil dan terus memberi sokongan kukuh kepada zakat.



"Dan walaupun dengan penutupan masjid, ketidakpastian dan kekurangan akses fizikal, sektor masjid kekal berdaya tahan dan mengatasi cabaran ini untuk memastikan bahawa khidmat bantuan kewangan zakat tidak terganggu.



"Dalam keadaan yang tidak dapat diduga pun, sektor masjid terus berusaha meningkatkan pendekatan mereka bagi bantuan zakat Muis dan ini menghasilkan jumlah benefisiari bantuan zakat tahunan yang tertinggi," ujarnya.



Malah menurut Encik Zulfadhli, jumlah isi rumah yang memanfaatkan bantuan zakat Muis yang kian meningkat saban tahun menunjukkan bahawa usaha pendekatan Muis dan sektor masjid berkesan memastikan bantuan zakat dapat dihulurkan kepada lebih ramai orang yang memerlukan.



Tambahnya, penyelarasan lebih baik dan usaha kerjasama dengan agensi dan institusi lain seperti rangkaian M3 juga dapat menghasilkan proses yang diperkemas serta sistem rujukan yang kukuh.



"Muis akan sentiasa memainkan peranan saling melengkapi dalam sektor khidmat sosial dengan menghulurkan bantuan kewangan menerusi zakat dan ia bergantung pada rangkaian sokongan yang kukuh oleh agensi dan institusi lain untuk memastikan kesejahteraan benefisiari zakat secara menyeluruh," ujar Encik Zulfadhli.



YED merupakan sokongan kewangan tambahan untuk penerima zakat Muis, di samping bantuan kewangan zakat bulanan yang mereka terima.



Menurut Encik Zulfadhli, perbelanjaan isi rumah hujung tahun seperti bil terkumpul, tunggakan hutang, pinjaman dan kos persiapan bagi tahun persekolahan yang baru boleh menjadi tempoh yang mencabar dan membebankan bagi benefisiari zakat, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak yang masih bersekolah.



Oleh itu, YED dapat mengurangkan beban kewangan mereka untuk membantu mereka menguruskan perbelanjaan ini.



Menarik perhatian bahawa zakat merupakan institusi penting untuk memastikan kesejahteraan golongan yang mudah terjejas terus disokong, khususnya dalam masa yang sukar, Encik Zulfadhli juga berkata trend profil benefisiari kini juga berbeza berbanding sebelum pandemik Covid-19.



Sebelum pandemik ini, sekitar 60 peratus benefisiari zakat dianggap sebagai kes jangka panjang, dengan benefisiari yang rata-ratanya merupakan warga emas yang miskin serta mereka yang mempunyai penyakit kronik atau kurang upaya.



Bagi golongan ini, Muis menyokong mereka dengan bantuan kewangan zakat dalam jangka masa panjang.



Namun dalam keadaan pandemik sekarang, Encik Zulfadhli berkata golongan kes jangka panjang itu membentuk sekitar 50 hingga 55 peratus daripada benefisiari yang dibantu.



"Terdapat lebih banyak kes jangka pendek, dengan benefisiari yang tidak bekerja, menghadapi isu mendapat pekerjaan atau bergaji rendah dan dinilai sebagai memerlukan bantuan kewangan zakat buat jangka masa pendek.



"Terdapat lebih banyak kes sedemikian mungkin kerana keadaan pekerjaan dan ekonomi yang tidak menentu akibat pandemik ini," ujar beliau.



Selain bantuan kewangan zakat, Encik Zulfadhli turut menarik perhatian usaha lain untuk membantu penerima bantuan zakat Muis.



Ini termasuk lebih banyak program sokongan sosioagama dan kemahiran hidup yang dirancang sektor masjid.



Tambahnya, program sokongan ini bertujuan memberi bantuan yang lebih menyeluruh kepada benefisiari zakat Muis dan keluarga mereka, dengan kebanyakan program itu akan dijalankan bersama agensi dan institusi lain.




"Meskipun dalam keadaan yang mencabar semasa pandemik ini dengan... penutupan masjid, masyarakat tampil dan terus memberi sokongan kukuh kepada zakat.

Dan walaupun dengan penutupan masjid, ketidakpastian dan kekurangan akses fizikal, sektor masjid kekal berdaya tahan dan mengatasi cabaran ini untuk memastikan bahawa khidmat bantuan kewangan zakat tidak terganggu.

Dalam keadaan yang tidak dapat diduga pun, sektor masjid terus berusaha meningkatkan pendekatan mereka bagi bantuan zakat Muis dan ini menghasilkan jumlah benefisiari bantuan zakat tahunan yang tertinggi.''

- Encik Zulfadhli Gazali, Ketua Unit Strategik Dasar Pembangunan Sosial Muis.



INFOGRAFIK: PENGAGIHAN ZAKAT AKHIR TAHUN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >