Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Anak S'pura kendali dron, buat lukisan di langit Qatar

Dec 18, 2022 | 05:30 AM



SEMASA majlis pembukaan Piala Dunia 2022 di Qatar, mungkin ada di antara anda yang ternampak di kaca televisyen atau di dalam talian pertunjukan dron yang indah dan menyinari angkasa Doha.



Apa yang boleh dibanggakan adalah seorang anak Melayu Singapura yang sebenarnya sedang mengendalikan lebih 500 dron setiap malam sepanjang musim Piala Dunia ini.



Encik Mirza Ariffin Roslan, seorang pengendali dron berkata beliau berasa teruja diberi peluang keemasan untuk mengendalikan dron sebanyak itu. Ia juga menonjolkan kreativiti beliau mereka pelbagai bentuk menggunakan dron.



"Memang terharu sangat apabila melihat kerja keras kami dihargai bukan sahaja oleh pelawat yang datang ke Qatar, tetapi juga seluruh penduduk dunia yang menyaksikan majlis pembukaan Piala Dunia itu," katanya.



Beliau merupakan antara pekerja daripada syarikat Sky Magic Pte Ltd, sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura.



Menurut Encik Mirza, 29 tahun, anak kedua daripada enam beradik berkata, beliau mula menjadi pengendali dron sekitar setahun lalu.



Beliau yang merupakan seorang juruterbang komersil, di mana beliau menjadi instruktor penerbangan di Amerika Syarikat, kembali ke Singapura selepas dunia dilanda wabak Covid-19.



Melihat kepada sektor penerbangan yang agak hambar semasa tempoh pandemik itu, Encik Mirza dipelawa seorang teman untuk bekerja dengan syarikat itu sebagai pengendali dron.



"Pada awalnya agak ragu-ragu juga kerana ini merupakan satu industri baru, tetapi saya dapati bahawa terdapat persamaan antara tugas lama dan tugas baru saya ini.



"Untuk menjadi pengendali dron, ia memerlukan seseorang yang mempunyai latar belakang dalam kejuruteraan aeronautik.



"Bukan itu sahaja, dron juga ibarat pesawat dan keperluan untuk memahami asas fizik, aspek keselamatan, kelajuan angin serta undang-undang udara adalah sama pentingnya seperti yang perlu difahami seorang juruterbang," katanya.



Ternyata peralihan itu berbaloi kerana sejak di syarikat itu, Encik Mirza telah didedahkan kepada pelbagai peluang bukan sahaja untuk merantau tetapi menerbangkan dron itu di acara-acara berprestij.



Ini termasuk acara Jubli Platinum Ratu Elizabeth II, kira detik United Kingdom, Sukan Komanwel dan di pertunjukan di Dubai.



Kini di Qatar, antara lukisan yang menghiasi dada langit pada waktu malam ialah gambar trofi Piala Dunia serta gambar seseorang sedang menendang bola, serta perkataan 'Welcome to Qatar'.



Ditanya jika terdapat sebarang cabaran mengendalikan dron, Encik Mirza berkata:



"Pernah juga terjadi insiden di mana satu atau dua dron kehilangan Sistem Penentu Kedudukan Global atau GPS buat sementara. Tetapi selalunya pihak kami bersedia dengan pelan kontingensi."



Beliau turut menambah bagi pertunjukan dron di Doha, pihaknya berada di sebuah pulau dan dron itu terapung di atas perairan.



"Kami amat berterima kasih kerana polis di sini banyak membantu untuk memastikan tiada bot yang berada di perairan semasa kami lakukan pertunjukan dron. Pengangkutan untuk membawa kesemua 500 dron ke pulau itu juga banyak dibantu oleh pihak berkuasa di Doha," katanya lagi.



Menurutnya selepas pertunjukan di Qatar, syarikatnya mempunyai satu lagi pertunjukan dron di Dubai selama dua bulan.



Melihat penerimaan ramai terhadap pertunjukan kreatif menggunakan dron, Encik Mirza berkata beliau bersyukur diberikan peluang sedemikian selain bersedia menerima cabaran baru.



"Covid telah mengajar kita agar lebih berani menyahut cabaran baru meski ia di luar kepompong keselesaan kita.



"Tetapi kita perlu tahu bahawa terdapat peluang lain yang boleh kita teroka dan saya rasa sebagai orang Melayu, kita mempunyai daya tahan dan mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >