Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Bagaimanakah cara sediakan hidangan Raya lebih sihat?

May 08, 2023 | 05:30 AM



PELBAGAI juadah tradisional dihidangkan bagi meraikan Syawal, sekali gus membuatkan ramai cenderung makan secara berlebihan.



Makan berlebihan ketika raya membuatkan seseorang itu akan menghadapi risiko obesiti dan penyakit yang berkaitan seperti diabetes serta jantung.



Hidangan berlemak dan gula yang tinggi boleh menyebabkan masalah penghadaman seperti senak perut, kembung perut serta sembelit.



Namun, anda masih boleh menikmati hidangan tradisional yang lebih sihat dengan mengikuti tip berikut.



Rendang



Anda boleh gunakan daging yang telah dibuang lemak atau ayam yang telah dibuang kulit.



Dari segi potongan daging, anda boleh memilih saiz yang lebih nipis seperti dada ayam atau potongan daging lembu tanpa lemak.



Apabila memasak rendang, kurangkan juga santan yang digunakan. Anda juga boleh gantikan santan dengan susu rendah lemak.



Ayam masak merah



Pilih dada ayam tanpa kulit untuk menggantikan paha ayam yang tinggi lemak dan kurangkan jumlah minyak sewaktu anda memasak hidangan ini.



Lebih banyak sayur-sayuran juga boleh dimasukkan dalam hidangan ini seperti lobak merah dan bayam untuk meningkatkan densiti nutriennya dan gantikan garam dan gula dengan pilihan lebih sihat seperti herba dan rempah-ratus bagi menambah rasa hidangan.



Kuah kacang



Anda boleh pilih menggunakan mentega kacang asli dan bukannya mentega kacang yang diproses kerana ia mungkin mengandungi garam dan gula tambahan.



Dari segi perisa, anda boleh kurangkan kandungan gula dan masukkan bahan lain yang kaya dengan khasiat seperti halia dan bawang putih untuk meningkatkan manfaat kesihatannya.



Sayur lodeh



Kuah ini selalunya dimasak dengan pelbagai jenis sayur-sayuran termasuk kekacang, terung dan kubis. Ia adalah hidangan rendah kalori, padat dengan nutrien yang mengandungi serat tinggi serta antioksidan. Bagi menjadikannya lebih sihat, kurangkan jumlah santan atau pilih jenis rendah lemak.



Acar



Acar sayur jeruk sering disajikan sebagai hidangan sampingan. Ia adalah hidangan yang rendah kalori, mengandungi serat tinggi dan kaya dengan vitamin dan mineral.



Bagi menjadikannya lebih sihat, kurangkan jumlah garam dan gula.



Ketupat



Juadah yang dibuat daripada beras dan dibalut dengan daun kelapa muda atau janur, ini membekalkan sumber tenaga baik untuk tubuh.



Ia juga rendah lemak dan tidak mengandungi kolesterol. Walaupun ia adalah pilihan yang sihat, anda boleh menjadikannya lebih sihat dengan menggandingkannya bersama lauk-pauk yang berasaskan sayur-sayuran.



Lemang



Pilih versi yang dibuat dengan beras perang bagi menggantikan beras putih kerana ia mengandungi lebih banyak serat dan nutrien.



Anda boleh mengurangkan jumlah santan atau memilih jenis rendah lemak.



Kuih Raya



Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut dan kek.



Anda boleh gunakan ½ atau ¾ sukatan daripada kuantiti gula yang biasa dicadangkan dalam resipi semasa menyediakan biskut dan kek.



Gunakan ramuan yang tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan buah prun.



Kurangkan juga penggunaan pewarna tiruan dalam penyediaan kuih-muih, kek dan puding.



Ingat, amalkan:



- Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil.



- Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.



- Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit.



- Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol.



- Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut.



- Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek.



- Minum lebih banyak air kosong berbanding minuman berperisa berkarbonat atau minuman yang manis.



- Sediakan makanan dalam saiz hidangan yang kecil.



- Sediakan air kosong pada setiap waktu makan.



- Asingkan gula apabila menghidang teh atau kopi.



- Hidangkan pelbagai jenis sayur bersama hidangan utama.



- Hidangkan buah-buahan pada setiap waktu makan sebagai pencuci mulut.



- Sediakan pilihan makanan yang lebih sihat seperti sup berbanding kuah lemak.



- Elakkan menghidang asam, jeruk dan gula-gula kepada tetamu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >