Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Bangga pencapaian, kemampuan wakili wanita dalam kajian, akademia

Baru-baru ini, Hari Wanita Antarabangsa diraikan dengan tema #BreaktheBias, atau menghapuskan sikap berat sebelah. Dalam laporan khas BERITA HARIAN, akhbar ini mengetengahkan kisah wanita setempat serta usaha mereka memperkasa diri serta wanita lain.
Mar 16, 2022 | 05:30 AM



IA merupakan tempoh yang mencabar baginya apabila mempertimbang mahu menamatkan pelajaran di maktab rendah separuh jalan.



Bukan disebabkan prestasinya di sekolah tetapi kerana keinginan menerokai laluan yang tidak hanya tertumpu pada akademik.



Dengan semangat yang kuat, beliau mengikut kata hati lalu meninggalkan maktab rendah.



Keputusan itu membawanya menuntut diploma dalam pengajian psikologi di Politeknik Temasek, di mana beliau menemui minatnya yang sebenar-benar dalam bidang kemanusiaan dan sains sosial.



Kini, Cik Suhaila Zainal Shah, 27 tahun, sedang mengikuti kursus ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang tersebut di Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD).



Bagi kursus itu, beliau mengkaji kesukaran yang dihadapi golongan wanita di tengah-tengah pandemik dan arus pendigitalan, mengenal pasti jurang dalam struktur sedia ada dan menyarankan cara memberi sokongan lebih baik kepada golongan wanita.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Cik Suhaila berkata beliau bangga atas pencapaiannya sejauh ini dan kemampuan mewakili golongan wanita dalam sektor kajian dan akademia.



Berkongsi ilham di sebalik kajiannya, Cik Suhaila berkata:



"Saya sentiasa mempunyai minat terhadap isu sosial dalam masyarakat, lebih-lebih lagi mereka yang mengalami diskriminasi atau menghadapi ketidaksamaan.



"Terdapat perbincangan bersama penyelia saya mengenai cabaran yang dihadapi kaum ibu yang ingin pulang ke alam pekerjaan. Katakan mereka sudah menghadapi kesemua cabaran ini, bagaimana ini semua terkait dengan Covid-19 dan pendigitalan? Bagaimanakah ia meninggalkan kesan yang lebih ke atas kaum ibu?"



Beliau menambah bahawa pengaturan kerja di rumah antaranya, telah meningkatkan tanggungjawab domestik yang dipikul kaum wanita dengan banyak sekali.



Penerima Biasiswa Siswazah Presiden SUTD itu turut meluahkan keprihatinan bagaimana ini akan memperburuk halangan sedia ada bagi kesaksamaan jantina.



Kesungguhannya dapat dilihat menerusi usahanya dengan beliau terlibat dalam projek kajian merentas rantau untuk mengetengahkan cabaran yang dihadapi serta peluang pendigitalan kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang dimiliki wanita di Asia Tenggara.



Menggunakan kemahirannya dalam penyelidikan, anak keempat lima beradik itu menyertai Pasukan Data Kelab Mendaki Muda (YMC) di bawah M Kuasa Tiga (M³) tiga tahun lalu dengan beliau membantu dalam pembangunan program mentoring PEER.



Beliau juga berkhidmat sebagai mentor belia bagi program Mentoring @ Skim Tuisyen Mendaki (MTS).



Cik Suhaila yang bercita-cita mahu terus memperjuang isu sosial seperti keseimbangan kerja-kehidupan serta kepelbagaian dan keterangkuman berharap dapat melihat lebih ramai wanita masuk ke dalam sektor kajian dan akademia.



Mengakui masih terdapat ruang untuk diperbaiki bagi sektor ini, beliau berasa bahawa kedua-dua pekerja dan majikan perlu mencari keseimbangan dalam menangani sempadan antara kerja dengan kehidupan di rumah.



Sedang ada wanita yang lebih suka bekerja hanya di pejabat, ada juga berkembang maju jika diberi fleksibiliti atas jadual mereka untuk uruskan komitmen keluarga.



"Secara keseluruhan, perhatian yang lebih terhadap keseimbangan kerja-kehidupan juga akan memberi manfaat kepada semua dalam memastikan produktiviti dan kesejahteraan pekerja," katanya.




"Saya sentiasa mempunyai minat terhadap isu sosial dalam masyarakat, lebih-lebih lagi mereka yang mengalami diskriminasi atau menghadapi ketidaksamaan.



Terdapat perbincangan bersama penyelia saya mengenai cabaran yang dihadapi kaum ibu yang ingin pulang ke alam pekerjaan. Katakan mereka sudah menghadapi kesemua cabaran ini, bagaimana ini semua terkait dengan Covid-19 dan pendigitalan? Bagaimanakah ia meninggalkan kesan yang lebih ke atas kaum ibu?"
- Cik Suhaila Zainal Shah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >