Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Beri anak masa sesuai diri dengan perubahan hidup

May 29, 2023 | 05:30 AM



PERASAAN lega tidak terkata apabila melihat anak kami melangkah masuk ke dalam kelas dengan gembira pada hari pertamanya di prasekolah.

Siap pusing ke belakang untuk melambai dengan ceria kepada saya dan suami selepas kami menghantarnya ke sekolah untuk kali pertama sekitar dua bulan lalu.

Memang sejak dilahirkan, anak kami tidak pernah dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak memandangkan ibu bapa saya boleh menjaganya sementara saya dan suami bekerja.

Pada usia tiga tahun, sememangnya dia belum lagi ‘diwajibkan’ untuk ke sekolah namun kami bersetuju lebih baik untuk mendedahkannya kepada persekitaran sosial supaya dapat membina kemahiran bergaul dan berkomunikasi.

“Eh, tak sia-sia juga baca artikel banyak-banyak,” terlintas di hati, dengan jangkaan ‘kajian’ serta persiapan yang kami lakukan- termasuk membaca artikel mengenai hari pertama anak-anak ke sekolah- berkesan dalam membuat dia ingin ke sekolah.

Namun, kelegaan itu hanya dapat dikecapi selama seminggu.

Selepas menghadiri sekolah dengan gembira selama lima hari, dia terus enggan ke sekolah pada hari Isnin minggu seterusnya.

Bila ditanya mengapa, katanya dia tak suka sekolah, katanya sekolah “not fun”.

Ada hari pula, di rumah dia kata ok, tapi bila tiba di pintu depan sekolah dia terus menangis.

Adoi, kenapa?

Kami tidak ingin memaksa, kerana orang dewasa juga tidak suka dipaksa untuk melakukan sesuatu.

Namun, jika rekod kehadiran si kecil ke kelas peringkat Nursery itu seringkali ‘lopong’- hinggakan pernah dia hanya ingin ke sekolah seminggu sekali- kami juga agak keliru apa yang boleh dilakukan.

Tetapi bila datang harinya dia ingin ke sekolah, siap tunjukkan ‘thumbs up’ bila ditanya sama ada seronok atau tidak di sekolah.

Mungkin separation anxiety, tetapi kalau begitu mengapa sepanjang minggu pertama dia gembira terus ke sekolah?

Memang banyak persoalan yang terlintas di fikiran; adakah sesuatu berlaku di sekolah? Perlukah kami masukkannya ke sekolah lain? Kalau sekolah baru pun sama seperti ini bagaimana pula?

Kami putuskan untuk cuba dulu selama beberapa minggu lagi, untuk melihat sama ada terdapat sebarang perubahan.

Sepanjang beberapa minggu selepas itu, semua orang di sekelilingnya- termasuk nenek dan datuk- sering berbual dengannya tentang bagaimana dia boleh dan cuba menaikkan semangatnya untuk ke sekolah, termasuk dengan membelikan beg, botol air dan bekas makanan baru untuk dibawa ke sekolah.

Langkah-langkah yang kami ambil ini tidak menunjukkan keberkesanannya serta merta, namun lama kelamaan dia mula ingin ke sekolah lebih kerap.

Kejadian ini menyedarkan kami tentang dua perkara.

Pertama, tidak kira lah berapa banyak artikel keibubapaan yang kita baca atau berapa banyak teman yang dirujuk mengenai isu tertentu, pastinya akan ada pengalaman ‘unik’ bagi setiap kanak-kanak yang perlu dilalui ibu bapa itu sendiri.

Orang kata kena ‘pandai-pandai cari jalan.’

Kedua, dalam usaha ibu bapa mengatur hidup anak-anak berdasarkan apa yang mereka rasa perlu diutamakan, kadangkala mereka terlupa untuk berikan ‘buffer time’ - atau masa untuk anak-anak itu sendiri menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

Tempoh yang diperlukan anak-anak untuk menyesuaikan diri juga berbeza berdasarkan perubahan tertentu dalam hidup mereka, dan ini ditentukan mereka sendiri.

Sebagai ibu bapa, antara faktor yang mampu dan perlu dikawal adalah emosi kita sendiri dalam menghadapi sebarang isu yang melibatkan kanak-kanak.

Emosi ibu bapa memainkan peranan utama dalam menentukan kecerdasan emosi sosial serta keupayaan kanak-kanak dalam menghadapi dan mencari huraian bagi masalah yang dihadapi.

Jadi, lain kali bila isu yang melibatkan anak-anak menimbulkan kemarahan kita, mungkin mereka sendiri sedang keliru dengan emosi mereka sendiri dan memerlukan bantuan kita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >