Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

PENDIDIK BAHASA MELAYU dijunjung

Beri kelonggaran supaya pelajar selesa, terdorong belajar bahasa

Majlis penyampaian Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) diadakan baru-baru ini bagi mengiktiraf guru Bahasa Melayu di atas sumbangan cemerlang mereka dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. BERITA HARIAN memaparkan lima pemenang bagi Kategori Teladan dan Kategori Perangsang dalam laporan berikut.
Nov 11, 2022 | 05:30 AM



APABILA Cik Nurul Syakinah Sahak mengajar pelajarnya Bahasa Melayu, beliau memberi mereka kelonggaran menggunakan bahasa Inggeris dalam bilik darjah.



Guru muda itu yakin, apabila pelajar selesa di dalam kelasnya, lama-kelamaan mereka akan berminat untuk menggunakan bahasa Melayu dengan sendirinya.



"Di dalam bilik darjah saya tidak begitu tegas tentang hanya menggunakan bahasa Melayu bagi pelajar sebab saya ingin pelajar selesa.



"Apabila mereka dah selesa, lama-lama mereka akan minat menggunakan bahasa Melayu. Jadi saya galakkan. Asalkan pelajar itu dapat memberikan respon walaupun dalam bahasa Inggeris, tak apa. Kita bantu dan berikan motivasi," kata Cik Nurul Syakinah, 31 tahun.



"Saya percaya selepas memberikan motivasi dan galakan, pelajar itu akan dengan sendirinya mula cinta bahasa itu dan ingin belajar bahasa itu dengan lebih mendalam.



"Ini dapat dilihat. Kalau guru tegas dan tak terbuka mindanya, pelajar rasa takut dan tak nak kongsi dengan guru. Jadi ada jurang di situ," tambahnya.



Guru Bahasa Melayu dari Sekolah Menengah Peirce itu menerima Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) bagi Kategori Perangsang di satu majlis baru-baru ini.



Cik Nurul Syakinah, yang berpengalaman tujuh tahun mengajar, juga percaya aspek relevan penting dalam pemilihan bahan pengajaran untuk bilik darjahnya.



Beliau mengadakan perbincangan kelas tentang hal ehwal semasa dan isu-isu sosial bagi memberi pengalaman pembelajaran yang tulen kepada pelajarnya.



Beliau turut menggalak pelajarnya menggunakan kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis dan meluahkan pandangan mereka tentang topik yang dibincangkan.



Cik Nurul Syakinah berkata pelajar hari ini tidak hanya ingin duduk dan dengar sahaja.



"Mereka ingin melakukan sesuatu dan lebih-lebih lagi mereka lebih terdorong untuk menggunakan ICT (Teknologi Komunikasi Maklumat).



"Sebagai guru, kita harus sentiasa mengemas kini dan tahu apakah aplikasi baru, trend baru yang digunakan. Seperti contoh pelajar suka menggunakan TikTok, ataupun menggunakan Instagram untuk melakukan tugasan.



"Kita harus juga memberi mereka peluang untuk belajar dengan cara yang mereka inginkan. Jadi kita sambut apa yang pelajar inginkan," katanya.



Mengenai anugerah yang diterima itu, Cik Nurul Syakinah berkata ia membakar semangatnya untuk memberi yang terbaik di dalam kelas kepada pelajarnya.



"Saya akan terus berusaha untuk memperbaiki diri supaya saya dapat mendidik anak murid dalam bilik darjah dengan lebih baik.



"Ini boleh saya lakukan dengan mempelajari dan mencuba kaedah dan cara pengajaran yang baru dalam bilik darjah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >