Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Bilakah anda perlu gunakan teleperubatan?

Sep 26, 2022 | 05:30 AM



MENURUT Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), istilah teleperubatan bermaksud amalan perubatan menggunakan teknologi untuk memberikan rawatan dari jarak jauh.



Ia merupakan proses di mana penyedia perkhidmatan kesihatan berhubung dengan pesakit dari jarak jauh untuk sesi perundingan dan bantuan perubatan.



Janji temu teleperubatan pula dilakukan dalam talian dan mudah dan menjimatkan kos untuk pesakit. Ini membantu pesakit mendapatkan bantuan perubatan di mana sahaja dan bila-bila masa.



KELEBIHAN



n Apa yang anda perlukan adalah peranti digital dan akses Internet untuk berhubung dengan doktor.



n Dengan menggunakan perkhidmatan teleperubatan, pesakit dapat berjumpa doktor untuk diagnosis dan rawatan tanpa perlu menghadiri temujanji fizikal.



n Pesakit boleh 'berjumpa' doktor di rumah mereka yang selesa dan pada waktu yang ditetapkan.



n Pengurusan masa - dapat menggunakan masa anda melakukan tugas penting lain dan bukannya menunggu di klinik.



n Tidak perlu beratur untuk berjumpa doktor dan dengan hanya tempahan konsultasi video boleh menyambungkan anda kepada doktor dalam masa beberapa minit.



n Jarak keselamatan - memastikan anda selamat di rumah dan jauh dari hospital dan klinik di mana risiko jangkitan mungkin tinggi. Ini juga akan membantu melegakan tekanan terhadap sumber perubatan.



n Berguna untuk menyediakan akses penjagaan kesihatan yang mudah untuk mereka yang sibuk atau jauh dari klinik.



n Peningkatan kualiti penjagaan untuk pesakit dan boleh mewujudkan perubahan gaya hidup yang positif untuk pesakit.



BILAKAH ANDA PERLU MENGGUNAKAN TELEPERUBATAN



Biasanya digunakan untuk pemeriksaan semula, penjagaan selepas keluar dari hospital, pengurusan penyakit kronik, dan banyak lagi.



Bagaimanapun, semakin ramai orang menggunakan konsultasi jauh untuk melihat doktor mereka bagi gejala yang lebih ringan.



Mereka gunakan kaedah teleperubatan bagi rawatan untuk penyakit seperti:



Selesema



Sakit tekak



Batuk



Masalah telinga



Sakit kepala



Masalah sinus atau alergi,



Mata merah



Sembelit/cirit-birit.



Kulit kegatalan, ruam, jerawat



Jangkitan kulit kulat, ruam, eksim, ketuat, cacar air dan campak



Penyakit otot



Masalah haid



Konjunktivitis



(Asalkan tiada kecacatan visual)



Jerawat pada kelopak mata (Stye)



Menilai luka, luka bakar, gigitan, dan kecederaan ringan yang lain.



Penyakit kronik yang telah dikawal dengan baik dan susulan secara rutin.



Jika anda mengalami antara gejala berikut, segera mendapatkan penjagaan perubatan segera, iaitu:



Sesak nafas



Sakit dada



Tercekik makanan



Sukar untuk berbual



Kelemahan pada tangan atau kaki



Hilang kesedaran



Sawan



Patah tulang




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >