Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Bimbang kurang luang masa dengan anak? Fokus pada kualiti, bukan kuantiti

Aug 15, 2023 | 05:30 AM



September ini, peranan kebapaan akan sekali lagi diraikan menerusi bulan kebapaan anjuran Bapa Sepanjang Hayat (BSH).

Daya usaha BSH ini, yang dianjurkan buat kali keenam, merupakan satu inisiatif yang penting.

Tinjauan menunjukkan golongan bapa semakin prihatin mengenai peranan penting yang mereka mainkan.

Namun, sebahagian besar bapa bergelut dengan tanggungjawab tradisional sebagai ketua keluarga dan peranan selaku pengasuh anak-anak.

Di sinilah, BSH, yang bergerak di bawah naungan Pusat Kebapaan (CFF), memainkan peranan dengan menyediakan bengkel, program dan kegiatan bagi menyokong bapa-bapa setempat.

Saya sendiri cuba menyokong gerakan tersebut seberapa mungkin, meskipun sokongan tersebut terhad dek tuntutan kerja.

Hakikatnya, bapa seperti saya sering bergelut dengan perasaan sama ada apa yang kita lakukan untuk anak-anak adalah mencukupi.

Bagi saya, keadaannya agak lebih rumit, dengan ‘gandingan’ tiga anak yang amat berbeza – yang sulung adalah anak autisme, yang kedua seorang kanak-kanak lelaki neutrotipikal dan yang ketiga pula seorang anak perempuan.

Perbezaan ini, meskipun mendatangkan cabaran-cabaran tertentu, bagi saya ialah anugerah yang tidak ternilai.

Menerusi anak-anak saya, saya telah menjadi seorang insan yang lebih baik.

Namun, dengan mereka masing-masing semakin ‘dewasa’ (berusia 12, sembilan dan tiga tahun), keperluan mereka juga semakin rencam.

Contoh mudah ialah kegiatan untuk kami lakukan sebagai sebuah keluarga.

Sedang mereka semakin membesar, semakin ketara perbezaan minat mereka masing-masing.

Ini menjadikan kegiatan yang kita rancang sebagai sebuah keluarga lebih mencabar.

Justeru, pada masa-masa tertentu, perlu saya dan isteri ‘berpecah’ dan membawa anak-anak ke tempat-tempat atau melakukan kegiatan yang berbeza.

Keadaan ini ada masanya meruncingkan lagi dilema jiwa saya – adakah saya cukup menghabiskan masa dengan anak-anak?

Berapa ramai daripada kita yang terpinga-pinga setiap permulaan minggu dan bertanya – “Sekejapnya hujung minggu berlalu?”

Dengan kesibukan kerja, sebahagian besar ibu bapa di sini hanya menghabiskan masa beberapa jam dengan anak-anak pada waktu malam, pada hari biasa.

Hujung minggu pula dipenuhi pelbagai kegiatan – kelas tambahan, kelas menari, kelas sukan dan macam-macam lagi.

Ibu bapa juga manusia biasa. Ada kalanya, selepas minggu yang sibuk di tempat kerja, mereka perlu juga sedikit masa untuk berehat dan ‘mengecas’ semula tenaga.

Justeru, peluang menghabiskan masa dengan anak-anak adalah terhad.

Seorang profesor pendidikan awal kanak-kanak, Cik Jessica Alvarado, dalam artikel beliau yang diterbitkan Persatuan Nasional bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang berpangkalan di Amerika Syarikat, berkata ibu bapa sering keliru dengan dua perkara ini iaitu:

1. Menghabiskan masa yang panjang dengan anak-anak

2. Menghabiskan masa yang bermakna dengan anak-anak

Menurut beliau, beza dua perkara itu ialah ibu bapa kadangkala tidak menyedari bahawa tekad mereka menghabiskan masa yang panjang dengan anak-anak, menimbulkan tekanan-tekanan lain.

Contohnya, mereka mengabaikan tugas atau pekerjaan sekali gus menyebabkan ketegangan di tempat kerja yang terbawa-bawa ke rumah.

Sebaliknya, ibu bapa yang mengimbangi tanggungjawab sehari-hari dengan penjagaan anak, lebih prihatin memikirkan cara yang bermakna untuk diluangkan dengan anak-anak mereka.

Contoh perkara bermakna yang boleh dilakukan, menurut Profesor Alvarado adalah:

  • Mengadakan masa berkomunikasi atau ‘connect time’. Ini sebaiknya dilakukan secara fizikal, walau untuk lima, 10 minit sehari. Tapi ibu bapa boleh juga meletakkan nota dalam beg anaknya dari masa ke masa sebagai cara berkomunikasi.
  • Tetapkan sesuatu yang diamalkan setiap hari, seperti membaca untuk 15 minit bersama.
  • Sentiasa beritahu anak anda bahawa anda menyayangi mereka. Sebagai bapa jangan segan melafazkan kata “I love you”.
  • Gunakan masa makan bersama sebagai wadah untuk bersembang-sembang.
  • Jangan selalu serius. Okey kalau bapa jadi ‘badut’ dari masa ke masa.
  • Bermain bersama anak-anak, walaupun sekejap sahaja. Contohnya, bagi ibu bapa yang menghantar anak-anak ke tadika, bermain dengan mereka selama 10 minit sebelum anak meninggalkan pusat tersebut.

Ini hanyalah beberapa strategi yang disarankan pakar. Anda mungkin ada strategi sendiri.

Jika ia berhasil untuk anda, teruskan. Malah kongsikan juga bersama saya di e-mel di atas, akan saya kongsi dengan pembaca-pembaca Berita Harian (BH) yang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >