Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Ajar si kecil perbezaan identiti

Jul 25, 2023 | 05:30 AM



Pada suatu hari, semasa sedang duduk di kedai makan, anak saya tiba-tiba bertanya:


“Ibu, kenapa kulitnya gelap?”


Anak saya berusia tiga tahun. Pada usia sebegitu, si kecil memang suka bertanya setiap perkara yang dilihat. Maka tidak hairanlah, ciri seseorang seperti warna kulit, sering menjadi persoalan.

Menurut kajian, bayi seawal enam bulan dapat membezakan ciri luaran kaumnya sendiri daripada ciri luaran kaum yang lain. Diskriminasi ini terjadi disebabkan pendedahan yang diterima oleh mereka.

Pada usia sebegitu, kebanyakan masa seseorang bayi itu dihabiskan bersama penjaganya. Jadi, mereka akan lebih terbiasa dengan orang yang mempunyai ciri luaran yang sama dengan penjaga mereka.

Hal ini menimbulkan sikap prejudis si kecil terhadap sesebuah kaum. 


Sempena Hari Keharmonian Kaum, terdetik untuk saya kongsi beberapa pendekatan yang boleh kita ambil dalam mengajar si kecil membuang prejudis dan diskriminasi yang ada dalam diri mereka terhadap kaum lain yang mempunyai identiti berbeza.


Contoh daripada orang dewasa

Si kecil senang terpengaruh dan akan selalu perhatikan tingkah laku penjaga mereka.

Untuk mengajar anak kita nilai saling memahami dan menghormati antara kaum, penjaga harus menunjukkan sikap yang boleh diteladani.

Perbuatan semudah menyapa jiran yang berlainan kaum atau bertukar-tukar buah tangan harus menjadi amalan hidup.

Penting juga untuk penjaga berhati-hati dalam pertuturan, dengan anak mereka mengenai sesuatu kaum. Elak daripada menggunakan kata-kata yang berbaur stereotaip berkaitan sesuatu kaum dengan anak mereka, takut apa yang ditutur akan menjadi ikutan.

Anak kita dikhuatiri akan gunakan kata-kata setereotaip yang mereka dengar di rumah, semasa berinteraksi dengan rakan mereka yang berlainan kaum.

Selalunya, stereotaip ini boleh mengguriskan hati. Pemikiran anak kita masih belum matang untuk memahami bahawa stereotaip itu sebenarnya satu bentuk penghinaan bagi sesuatu kaum.


Buku, mainan dan media 

Wadah-wadah ini amat dekat dengan diri kanak-kanak. Jadi, penting bagi kita pelbagaikan isi wadah-wadah tersebut.

Contohnya, dedahkan kepada si kecil dengan buku cerita dan rancangan media yang memaparkan budaya kaum lain di Singapura mahupun dunia. Ini memperkenalkan mereka kepada budaya pelbagai kaum.

Paparan watak daripada pelbagai kaum juga boleh dijadikan titik pengajaran bahawa tidak mustahil untuk hidup harmoni walaupun berbeza budaya dan identiti. 

Belikan juga anak kita anak patung yang pelbagai warna supaya mereka didedahkan kepada kepelbagaian warna kulit dan identiti.

Pergaulan dengan kaum lain

Dengan membawa anak bermain di tempat awam seperti di taman permainan, kita dapat memberikan mereka peluang bergaul dengan kanak-kanak berlainan kaum.

Pengalaman bergaul dengan kaum lain dapat mengajar mereka bahawa berlainan kulit bukan penghalang untuk bermain bersama.

Oleh itu, biasakanlah diri mereka untuk bermain bersama kanak-kanak yang mempunyai identiti yang lain daripada mereka. 

Perbincangan terbuka mengenai perbezaan identiti

Apabila anak saya menanyakan soalan mengenai kulit wanita yang dilihatnya, saya pun menerangkan kepadanya:

“Kulitnya gelap, kulit Luqman cerah… Sama macam rambut Luqman keriting, rambutnya lurus.. Jadi setiap manusia yang dilahirkan, mempunyai ciri yang unik. Namun apa yang penting adalah perangai yang baik.”

Lazimnya, ibu bapa mungkin akan memberikan jawapan yang mudah seperti,  “Jangan cakap begitu, tak baik”,  apabila si kecil bertanyakan soalan yang sensitif.

Sebenarnya jawapan sebegitu tidak ‘menjawab’ persoalan di minda mereka. Si kecil mungkin terus membentuk sikap prejudis mengenai perbezaan yang dilihat mereka.

Jika pada masa hadapan mereka akan terbaca atau terdengar mitos mengenai sesuatu kaum itu, prejudis tersebut boleh menebal lagi dalam diri mereka.

Perbincangan kita bersama anak mengenai kaum boleh disesuaikan mengikut peringkat umur mereka. Kita boleh selitkan penerangan yang lebih saintifik di sebalik warna kulit dan sebagainya pada kanak-kanak yang lebih berumur.


Tidak terlalu awal untuk kita mengajar si kecil mengenai nilai saling memahami dan menghormati kaum lain yang mempunyai perbezaan identiti. Bak pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya, semoga mereka dapat membesar menjadi rakyat yang budiman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >