Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Buat ikrar untuk jaga diri, sayang diri

Derita ibunya yang hidapi kencing manis dan penyakit ginjal, dorong perubahan gaya hidup anak
May 05, 2023 | 05:00 AM



TANGISAN Allahyarhamha ibunya Sarbanon Buang setiap malam ketika beliau masih hidup masih terngiang-ngiang dalam ingatan Cik Noor Azimah Mohd Yassin.



Meskipun ibunya sudah meninggal dunia pada 2015, anak bongsu tiga beradik itu masih teringat kemurungan dihadapi Allahyarhamha ibunya setelah kaki kanannya dipotong akibat kencing manis. 



Di depan orang, ibunya kelihatan ceria. Namun, hakikatnya, keadaan berbeza apabila beliau berada di bilik pada waktu malam. 



“Beliau tidak boleh terima apabila doktor menyatakan kakinya terpaksa dipotong. Sebelum itu, beliau seorang yang aktif dan suka keluar berjalan dengan adik beradiknya.



Apabila kakinya dipotong, ia merupakan satu tamparan hebat. Kehidupannya yang bebas kini bergantung sepenuhnya kepada saya dan bapa setiap hari.



Hendak makan, mandi dan ke sana sini, memerlukan bantuan kami. Malah, hendak segelas minuman pada waktu malam pun beliau terpaksa memanggil saya. Ia membuatkan ibu saya berasa murung, sukar tidur malam dan sering menangis kerana merasakan beliau menyusahkan kami dengan keadaannya,’’ singkap Cik Noor Azimah, 38 tahun, seorang penolong akaun.



Selama 20 tahun, ibunya menanggung derita sebagai pesakit kencing manis. Akibat tidak menjaga pemakanannya yang tinggi kandungan gula, ibunya kemudian menghidapi masalah ginjal pula.



Setiap malam dari jam 10 malam hingga 8 pagi, ibunya akan menjalani dialisis air yang dilakukan di rumah.



“Meskipun tertidur, dialisis masih diteruskan,’’ katanya. 



Apabila ibunya meninggal dunia, ia amat menyentak diri Cik Noor Azimah. Beliau tidak mahu sengsara yang dihadapi oleh ibunya itu berlaku kepada dirinya. 



Justeru itulah, beliau bertekad untuk mengubah gaya hidupnya dengan memberikan lebih perhatian kepada dirinya, terutama sekali, kesihatan beliau. Baru-baru ini, beliau membuat ikrar untuk memberikan komitmen untuk hidup dengan lebih sihat. 



Di bawah satu inisiatif ‘Jaga Diri, Sayang Diri, OK?’ oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), beliau telah membuat ikrar untuk kekal aktif dan memakan makanan yang lebih sihat. 



Inisiatif itu mendorong orang ramai seperti Cik Noor Azimah untuk mengambil langkah pertama dalam menjaga dan menyayangi diri sendiri dengan menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Ini boleh dimulakan dengan membuat ikrar untuk kekal aktif, makan lebih sihat, menjalani pemeriksaan kesihatan dengan tetap dan/atau berhenti merokok, di laman go.gov.sg/jagadirisayangdiri.







Beliau bertekad untuk menjaga kesihatannya untuk dirinya sendiri agar beliau tidak melalui apa yang dilalui or Allahyarhamha ibunya dan juga dapat terus menjaga bapanya, 74 tahun, yang tinggal bersamanya. 



“Saya melihat kesengsaraan dialami ibu saya dan saya tidak mahu penyakit yang sama berlaku kepada diri saya,’’ kata beliau. 



Meskipun gemar dengan makanan dan minuman yang manis seperti air bandung dan wafel, beliau bertekad untuk mengubah pemakanannya. Kini, beliau meminum air teh atau kopi tanpa gula.



Wafel dan aiskrim yang sering dimakan dua atau tiga kali seminggu sebelumnya, kini dikongsi bersama rakan-rakannya.



Makanan restoran segera seperti ayam goreng, burger dan kentang goreng memang menjadi kegemarannya dulu dan boleh memakannya sebanyak tiga kali seminggu. Tetapi, kini beliau mengehadkan kepada sebulan sekali.



“Saya lebih banyak masak dan makan di rumah kerana saya boleh memilih bahan-bahan dan cara memasak yang lebih sihat. Misalnya, saya menggunakan bunga kubis sebagai ganti nasi,’’ ujarnya.



Dengan makanan yang enak semasa Hari Raya, beliau tetap berazam untuk terus menjaga pemakanannya. Contohnya, beliau akan mengehadkan pengambilan kuih dan kek Raya yang manis.



Bukan sahaja menjaga pemakanan, Cik Noor Azimah juga bertekad untuk kekal aktif dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang beliau minat seperti piloxing (kelas aktiviti fizikal yang merangkumi pilate, boxing dan tarian) dan juga senaman kardio di bawah instruktor, Cik Rasidah Caudal. 



“Semasa ibu saya meninggal dunia, berat badan saya mencecah 100 kilogram. Memang saya tidak menjaga diri saya dan tidak suka bersenam. Keyakinan diri saya terjejas. Kini, berat badan saya sudah susut mencecah 75 kilogram dan saya ingin mencapai berat badan ideal sebanyak 68 kilogram,’’ katanya, penuh bersemangat. 



Beliau juga memanfaatkan program-program yang boleh didapati di aplikasi mudah alih Healthy 365 (H365) oleh HPB. Ganjaran yang diperoleh daripada cabaran seperti ‘Eat Drink Shop Healthy Challenge’ dan ‘National Steps Challenge™’ membantu beliau untuk kekal bermotivasi dalam mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat,’’ tambahnya. 



Mengambil langkah kecil seperti membuat ikrar ‘Jaga Diri, Sayang Diri, OK?’, melakukan perkara yang beliau gemari dan mengambil bahagian dalam program-program yang boleh membantunya, sedikit sebanyak memberikan beliau semangat untuk terus cekal dalam perjalanan gaya hidupnya yang lebih sihat.







Jom Buat Ikrar Sekarang!



Imbas Kod QR di bawah:




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >