Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

CATATAN WARTAWAN

Budak tak nak salam? Bergantung pada keadaan...

May 30, 2022 | 05:30 AM



"SALAMLAH, kenapa tak nak salam...?"



Suasana kunjung-berkunjungan memang lebih meriah tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.



Maklumlah, sudah lebih dua tahun tak berkumpul dengan saudara-mara, dan apabila si ibu dan bapa dah bertemu anggota keluarga atau kenalan, biasanya mereka akan menyuruh anak-anak bersalaman dengan orang dewasa yang ada di situ.



Mak cik dan pak cik sekeliling pula asyik hulur tangan minta disalam... dah salam, ditarik pula untuk dipeluk dan dicium.



Meskipun baik niatnya - untuk merapatkan silaturahim dan menghormati orang tua - ia tidak seharusnya menjadi sesuatu yang dipaksa atau anak-anak merasakan mereka tertekan untuk 'menerima' sentuhan tersebut.



"Alah salam saja pun..."



Meskipun nampak seperti perkara kecil, namun ia boleh menjejas pemahaman anak-anak kerana perilaku ini menunjukkan mereka tidak berhak menentukan siapa yang menyentuh mereka dan bagaimana.



Ibu bapa perlu memandang serius perkara ini dan berhenti memaksa anak-anak memberi atau menerima sebarang sentuhan - sama ada pelukan, ciuman ataupun hanya salaman - daripada saudara-mara atau kenalan jika mereka sendiri tidak mahu atau rasa tidak selesa.



Anak-anak perlu sedar bahawa tidak mengapa mengatakan "Tidak" kepada sebarang sentuhan, walaupun ia daripada anggota keluarga sendiri.



Pada masa yang sama, ibu bapa juga perlu wujudkan suasana rumah yang menghormati hak peribadi masing-masing, termasuklah tubuh badan anak-anak anda.



Ini bermakna anak-anak perlu dilatih menyuarakan kehendak atau ketidakselesaan mereka dan ibu bapa perlu segera menghormati hasrat mereka agar tidak disentuh dengan cara tertentu, contohnya jika mereka tidak ingin didukung, dipeluk atau digeletek.



Terangkan kepada anak-anak bahawa terdapat tiga jenis sentuhan:



1. Sentuhan selamat: Ini sentuhan yang baik yang membuat mereka rasa gembira dan diberi perhatian seperti pelukan.



Ia juga merangkumi sentuhan yang mungkin menyakitkan demi menjaga keselamatan atau kesihatan mereka, contohnya untuk mengeluarkan serpihan kayu daripada kaki. Ini perlu dijelaskan kepada anak-anak mengapa ia perlu dilakukan.



2. Sentuhan tidak selamat: Ini termasuk sentuhan yang menyakiti badan atau perasaan kanak-kanak, seperti memukul, mencubit, dan menendang dan juga sentuhan bahagian sulit.



3. Sentuhan yang tidak diingini: Sentuhan ini mungkin selamat tetapi tidak diingini kanak-kanak, mungkin daripada orang tertentu atau pada masa tertentu. Kanak-kanak boleh menyatakan "Tidak" kepada sentuhan ini dan ibu bapa perlu membantu anak-anak menetapkan sempadan peribadi atau 'personal boundaries' secara tegas tapi sopan.



Justeru, kanak-kanak perlu diberi kesedaran bahawa mereka 'bos' tubuh badan mereka sendiri, dan mereka sendiri menetapkan sentuhan yang boleh dan tidak boleh atau tidak ingin diterima.



Sestengah saudara-mara mungkin mengharapkan salam atau pelukan daripada kanak-kanak setiap kali mereka bertemu, dan tentunya kanak-kanak perlu diajar budaya bersalaman ini yang memang digalak dan menunjukkan rasa hormat antara satu sama lain.



Namun, pada masa yang sama, ibu bapa harus lebih peka dengan ketidakselesaan atau keinginan anak-anak mereka, dan tidak hanya mengutamakan budaya.



Jelaskan kepada saudara-mara bahawa anda sedang mengajar anak-anak untuk menjadi bos tubuh badan mereka sendiri sebagai sebahagian daripada pendidikan tentang keselamatan agar anggota keluarga tidak tersinggung oleh tingkah laku anak-anak.



Sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat patut menjadi pengetahuan asas bagi setiap kanak-kanak. Berbekalkan pengetahuan ini, mereka akan lebih bersedia melindungi diri mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >