Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

TINJAUAN TREND MEMBACA

Buku agama bahasa Melayu 'paling biasa' dibeli pembaca: Tinjauan

Jan 13, 2023 | 05:30 AM



TINJAUAN Berita Harian (BH) dalam talian baru-baru ini mengenai trend membaca menunjukkan sekitar 84 peratus daripada 50 pembaca membaca buku dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.



Dalam kalangan pembaca ditinjau, 29 daripada responden berusia 13 tahun hingga 17 tahun dan 21 daripada responden berusia 18 tahun hingga 60 tahun.



Lebih 50 peratus pembaca yang membaca kedua-dua buku Inggeris dan Melayu akan membaca sekurang-kurangnya satu buku Melayu sebulan.



Sekitar 33 peratus daripada mereka menyatakan mereka turut gemar membaca buku yang diterbitkan di Singapura.



Para responden turut menyatakan buku-buku agama (28 responden) sebagai buku yang paling biasa dibeli dalam bahasa Melayu diikuti dengan novel (18 responden) dan buku untuk kanak-kanak (12 responden).



Namun demikian, tinjauan itu tidak menunjukkan jika penerbitan buku-buku yang digemari adalah di Singapura ataupun di luar negara.



Para responden turut menyatakan mereka lebih suka membaca buku motivasi, bukan fiksyen dan buku biografi dalam bahasa Inggeris.



Apabila ditanya perkara yang mendorong mereka untuk membaca atau membeli buku dalam bahasa Melayu, majoriti daripada mereka, terutama sekali bagi mereka yang masih belajar, mengatakan bahawa mereka melakukan sedemikian kerana ingin menguasai bahasa Melayu untuk diri mereka ataupun anak-anak mereka.



Bagi Cik Nurfatin Izzati Misdi, 27 tahun, beliau seringkali membeli atau meminjam buku kanak-kanak dalam bahasa Melayu.



"Saya tidak berapa fasih berbual atau menulis dalam bahasa Melayu dan suami saya juga jarang berbual dalam bahasa Melayu di rumah.



"Oleh itu, saya seringkali meminjam buku kanak-kanak dalam bahasa Melayu, kerana ingin memupuk minat bahasa Melayu dalam diri anak saya," kata beliau yang mempunyai seorang anak.



Namun, ada juga beberapa responden yang minat membaca buku dalam bahasa Melayu kerana mendapati jalan cerita seringkali lebih menarik dan lebih dekat di hati.



Bagi Cik Hazelinda Samad, 45 tahun, beliau gemar membaca dan akan membaca lebih daripada 10 buku pada setiap bulan.



"Saya diperkenalkan buku dalam bahasa Melayu oleh ibu saya ketika saya masih kecil.



"Beliau membacakan buku tentang kisah-kisah keluarga dan saya tidak pernah berasa bosan kerana ibu seringkali membacanya dengan penuh ungkapan.



"Dari situ, saya terdorong untuk membaca pelbagai buku dalam bahasa Melayu hingga sekarang," katanya yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya.



Bagi seorang responden yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Rahmat, 36 tahun, beliau pula jarang membaca buku dalam bahasa Melayu kerana merasakan ia memerlukan masa yang panjang.



"Saya memang gemar membaca buku-buku motivasi kerana saya rasa ia amat relevan dan berguna terutama dalam pekerjaan saya.



"Namun demikian, saya jarang membaca buku dalam bahasa Melayu kerana seringkali menggunakan bahasa Inggeris dan penguasaan bahasa Melayu saya telah merosot.



"Oleh itu, jika saya membaca buku dalam bahasa Melayu, saya seringkali perlu membacanya dengan kelajuan yang lebih perlahan untuk memahami apa yang ingin disampaikan," kata beliau.



Dengan buku-buku dalam bahasa Melayu masih diminati ramai, permintaan dan terbitan buku-buku dalam bahasa Melayu turut meningkat kebelakangan ini.



Menjawab pertanyaan BH, Pengarah Pembangunan Sektor (Seni Sastera), Majlis Seni Kebangsaan (NAC), Cik Aruna Johnson, berkata berdasarkan data sepanjang tempoh tiga tahun secara purata, NAC telah melihat peningkatan dalam jumlah geran yang diberikan bagi buku-buku bahasa Melayu yang diterbitkan di sini.



"Kami gembira kerana persada sastera terus menghasilkan karya bermutu yang dapat dihayati pembaca.



"Persada sastera Singapura telah berkembang maju sejak beberapa tahun lalu, dengan ramai bakat sastera tanah air, dan NAC terus komited untuk menyokong arena seni melalui pelbagai langkah sokong`an," kata beliau.




"Saya tidak berapa fasih berbual atau menulis dalam bahasa Melayu dan suami saya juga jarang berbual dalam bahasa Melayu di rumah.

"Oleh itu, saya seringkali meminjam buku kanak-kanak dalam bahasa Melayu, kerana ingin memupuk minat bahasa Melayu dalam diri anak saya," kata beliau yang mempunyai seorang anak."

- Cik Nurfatin Izzati Misdi, ibu kepada seorang anak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >