Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Buku kanak-kanak karya Xueling bagi ubah takrif jaya

Dec 21, 2021 | 05:30 AM



DALAM buku berjudul What Ants Do On Rainy Days, semut muda bernama Andi mempelajari bahawa seseorang boleh mengambil laluan baru dan berbeza untuk mengecapi kejayaan - dalam situasinya, mempelajari cara lain untuk berteduh dari hujan.



Kisah itu adalah idea Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga) Cik Sun Xueling, yang menulis dan menerbitkan sendiri buku kanak-kanak itu, sebagai sebahagian usaha beliau dalam mengubah takrif tegar masyarakat tentang kejayaan.



Dalam wawancara bersama The Straits Times, Cik Sun berkata berdasarkan perbualannya dengan golongan muda, "ramai memperkatakan tentang bagaimana mereka bergelut dengan jangkaan ibu bapa dan diri mereka sendiri, serta perbandingan serta persaingan dengan rakan sebaya".



"Semua ini menyebabkan tekanan, dan bagi sebahagian daripada mereka, ia membawa kepada isu kesejahteraan mental," tambah beliau, sambil menyatakan bahawa tekanan dan rasa kekurangan seperti itu timbul dalam "semua kanak-kanak, tanpa mengira latar belakang ekonomi".



Buku itu ditulis dengan tujuan mengajak ibu bapa untuk membacanya bersama anak mereka, kerana ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawal perasaan itu, ujar Cik Sun.



"Mudah-mudahan, buku ini akan menjadi satu renungan kepada kita sebagai masyarakat mengenai cara kita mentakrifkan kejayaan," tambahnya.



Sekitar 4,000 naskhah buku itu, yang sesuai untuk kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun, akan diedarkan dalam minggu-minggu mendatang ke prasekolah, tadika, sekolah rendah dan perpustakaan.



Buku itu juga akan diberikan kepada penderma yang menyumbang lebih $20 di platform menderma giving.sg, di mana Cik Sun menubuhkan kempen mengumpul dana untuk KidStart.



Ia merupakan program bagi menyokong kanak-kanak sehingga usia enam tahun daripada keluarga berpendapatan rendah.



Idea bagi buku What Ants Do On Rainy Days tercetus semasa Cik Sun mengadakan sesi bercerita sebelum tidur bersama dua anak perempuannya yang berusia lapan dan lima tahun.



Buku itu dilancarkan dalam acara Facebook Live tengah hari kelmarin, yang mana Cik Sun, bersama pengilustrasi buku, Encik Josef Lee, dan ketua eksekutif KidStart Cik Rahayu Buang, menganjurkan sesi bercerita secara langsung.



Karya itu menampilkan watak Andi, yang tinggal bersama keluarganya di tapak bukit.



Dia perlu segera naik ke atas bukit dengan tergesa-gesa setiap kali hujan, namun mengalami kesukaran berbuat demikian.



Akhirnya, dia memberanikan diri meninggalkan tapak itu lalu pergi mencari kumpulan semut lain. Kumpulan itu telah membina bot daripada daun bagi melindungi diri daripada hujan.



Andi menimba kemahiran itu dan akhirnya pulang ke rumah untuk mengajarkannya kepada keluarga dan rakan-rakan.



Cik Sun menyatakan pada dasarnya, sejak beberapa tahun lalu, Kementerian Pendidikan, telah mengorak langkah dengan beralih daripada markah T (T-score) bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), yang mencerminkan prestasi murid berbanding rakan sebaya mereka, serta pengenalan Pengumpulan Berdasar Subjek.



Cik Sun menambah beliau sengaja memilih melancarkan buku itu kelmarin, menjelang keputusan penempatan Menengah 1 lusa, iaitu waktu di mana ramai kanak-kanak berasa gelisah.



Beliau maklum tidak semua pembaca akan dapat meraih mesej yang sama daripada buku itu.



Tetapi, itulah kuasa bercerita dan buku kanak-kanak, katanya.



Cik Sun sedang berbincang mengenai penterjemahan buku - yang ditampung dananya sendiri - ke dalam bahasa Melayu dan Tamil.




"... ramai memperkatakan tentang bagaimana mereka bergelut dengan jangkaan ibu bapa dan diri mereka sendiri, serta perbandingan serta persaingan dengan rakan sebaya...

Semua ini menyebabkan tekanan, dan bagi sebahagian daripada mereka, ia membawa kepada isu kesejahteraan mental... (tekanan dan rasa kekurangan seperti itu timbul dalam) semua kanak-kanak, tanpa mengira latar belakang ekonomi. Mudah-mudahan, buku ini akan menjadi satu renungan kepada kita sebagai masyarakat mengenai cara kita mentakrifkan kejayaan."

- Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga) Cik Sun Xueling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >