Corak pengundian nasionalis, tradisional dan Islam dalam Pilihan Raya Indonesia
Premium
Corak pengundian nasionalis, tradisional dan Islam dalam Pilihan Raya Indonesia
Pakatan Prabowo dengan Jokowi berkesan tarik sokongan pelbagai aliran
Apr 1, 2024 | 5:30 AM
Pakatan erat Menteri Pertahanan, Encik Prabowo Subianto (kanan) dengan Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, telah membantu memberikannya imej sebagai seorang pemimpin nasionalis, yang membantunya memenangi beberapa sokongan dalam pangkalan nasionalis dan tradisionalis. Beliau bakal menggantikan Encik Jokowi pada Oktober 2024. - Foto ST
Indonesia telah selesai mengadakan Pilihan Raya Presiden dan perundangan tiga minggu lalu. Keputusan undian menunjukkan kemenangan besar gandingan Menteri Pertahanan, Encik Prabowo Subianto dan Datuk Bandar Solo, Encik Gibran Rakabuming Raka, anak sulung Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo.
Kajian oleh banyak badan tinjauan yang boleh dipercayai menunjukkan bahawa Encik Prabowo telah memenangi kira-kira 58 peratus undi, diikuti Encik Anies Baswedan (25 peratus) dan Encik Ganjar Pranowo (17 peratus).
Laporan berkaitan
Prabowo cuba pujuk parti lawan sertai gabungan pemerintahnyaMar 25, 2024 | 2:54 PM
Prabowo gesa perpaduan, berikrar jadi presiden rakyat IndonesiaMar 21, 2024 | 1:26 PM


