Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Darah kacukan, terpelajar... kenali Miss Universe Indonesia 2023

Sep 06, 2023 | 05:30 AM



Jelitawan 24 tahun, Febienne Nicole Groeneveld, telah dinobatkan sebagai Miss Universe Indonesia 2023 setelah mengalahkan 29 pesaing lain bagi merebut mahkota Miss Universe Indonesia baru-baru ini.

Sebagai pemenang, beliau telah menerima mahkota berkilauan dinamakan ‘The Shimmering Hope’ diperbuat daripada 8,000 emas putih.

Sebelum ini, beliau memenangi gelaran Miss Global Indonesia 2018 di Filipina.

Fabienne dilahirkan di Spijkenisse, Belanda, pada 27 Disember 1999. Beliau mewarisi kecantikan ibunya yang berasal dari Indonesia manakala bapanya dari Belanda.

Beliau merupakan lulusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Pelita Harapan di Indonesia pada 2019 dan kemudian, meneruskan pengajian dan mengambil Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti New South Wales dan Australian Graduate School of Management.

Dalam sesi jawapan akhir pertandingan ratu cantik dunia itu, Fabienne membincangkan peranan teknologi hari ini dan berkata beliau percaya, jika teknologi digunakan dengan betul ia boleh memberi kebaikan dan inspirasi dalam kehidupan masyarakat.

Beliau juga seorang yang sayangkan haiwan dan bekerjasama dengan Surabaya Animal Care Community.

Miss Universe Indonesia pada Ogos lalu mendapat perhatian dunia apabila Pertubuhan Miss Universe bertindak memutuskan hubungannya dengan pemegang francaisnya dari Indonesia.

Ia akan membatalkan pertandingan yang akan datang di Malaysia selepas beberapa peserta mengadu kepada polis, dengan dakwaan penganjur tempatan melakukan gangguan seksual.


Seramai tujuh peserta dari Indonesia telah mengadu kepada polis bahawa mereka telah didesak menanggalkan pakaian untuk ‘pemeriksaan tubuh badan’.

Pada pertengahan Ogos, pertubuhan yang berpangkalan di New York itu menafikan hal tersebut dan mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan agensi perwakilannya dari Indonesia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >