Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Dek miskin, pelajar Guinea berbasikal rentas Afrika demi belajar di Al-Azhar

Kayuh empat bulan rentas tujuh negara berbekal hanya pakaian ganti, lampu suluh dan pemutar skru
Sep 29, 2023 | 02:49 PM



KAHIRAH: Mamadou Safaiou Barry berazam belajar ilmu agama Islam di sekolah elit namun tidak mampu membayar penerbangan ke Mesir dari Guinea.

Beliau kemudian nekad dan melukis peta Afrika dalam buku notanya serta berangkat menggunakan basikal gunung terpakainya.

Dengan hanya membawa beberapa pakaian ganti, lampu suluh dan pemutar skru, lelaki berusia 25 tahun itu mengayuh basikal ribuan kilometer merentasi benua tersebut, melalui hutan, padang pasir dan zon konflik dengan harapan dapat tiba dan mencari jalan untuk membiayainya.

Selepas kira-kira empat bulan, Barry akhirnya berada di Kahirah dengan biasiswa penuh ke Universiti Al-Azhar, salah sebuah institusi pendidikan Islam tertua dan paling terkenal di dunia.

“Jika anda mempunyai impian, kekal dengannya dan kuatlah. Tuhan akan menolong anda,” kata Barry.

Ribuan orang di Afrika Barat seperti Barry melakukan perjalanan berisiko merentasi padang pasir Sahara setiap tahun untuk mencari kehidupan yang lebih baik bagaimanapun tidak ramai yang berjaya.

Data daripada Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi menunjukkan hampir 500 orang meninggal dunia atau hilang di laluan penghijrahan Afrika Barat tahun lalu.

Barry berkata risiko yang diambilnya sepadan dengan ganjarannya.

“Saya terpaksa bertarung,” kata Barry pada Ogos di Chad.

Dalam perjalanannya, Barry mengayuh basikalnya kira-kira 100 kilometer sehari, meliputi laluan di Mali, Burkina Faso, Togo, Benin, dan Niger sebelum terhenti di N’Djamena, ibu kota Chad, kerana laluan yang dirancang itu berlaku konflik yang berterusan di Sudan.

Barry berkata sepanjang perjalanan, beliau ditahan tiga kali, iaitu dua kali di Burkina Faso, yang dilanda pemberontakan, dan sekali di Tago, di mana pasukan keselamatan menahannya selama sembilan hari tanpa tuduhan sebelum membebaskannya dengan bayaran 35,000 CFA franc ($77).

“Saya sering tidur di dalam semak kerana saya takut orang ramai berada di bandar dan saya fikir mereka akan mengambil basikal dan mencederakan saya,” kata Barry.

Nasib Barry berubah sekali lagi di Chad selepas seorang dermawan tempatan yang membaca mengenai perjalanannya menawarkan untuk menerbangkannya terus ke Mesir, sekali gus memintas pertempuran di Sudan.

Barry tiba di Kahirah pada 5 September dan beberapa hari kemudian memperoleh biasiswa penuh ke Universiti Al-Azhar.

Foto yang dikongsi secara meluas di media sosial menunjukkan beliau bertemu wakil universiti itu.

Barry berhasrat kembali ke Guinea apabila pengajiannya selesai, untuk berdakwah.

“Apabila saya kembali ke negara saya, saya ingin menjadi seorang yang mengajar Islam dan memberitahu orang bagaimana melakukan perkara yang baik,” katanya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >