Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Dermasiswa institut akauntan ringankan beban kewangan siswa SUSS

Dec 23, 2022 | 05:30 AM



KELUARGA Encik Muhammad Shaywal Imran ditimpa dengan masalah kewangan.



Ini kerana bapanya menghidap pelbagai penyakit kronik, membuatkan ibunya tidak dapat bekerja sepenuh masa.



Kakaknya pula mempunyai masalah tulang belakang.



Demi membantu keluarga melalui tempoh yang mencabar ini, Encik Shaywal, 23 tahun, telah mengambil keputusan untuk mula bekerja dua pekerjaan secara sambilan pada masa lapangnya.



Beliau memutuskan untuk berbuat demikian kerana ingin meringankan beban keluarganya itu.



Terpaksa mengimbangi masa antara bekerja, membantu mengurus keluarganya dan bersekolah, Encik Shaywal memikul pelbagai tanggungjawab.



Ketika dihubungi, Encik Shaywal berkata terdapat pelbagai perkara yang beliau harus biayai.



Antaranya termasuk pinjaman yang beliau ambil untuk melanjutkan pengajian ke tahap diploma, perbelanjaan seharian serta perbelanjaan peribadi seperti bil telefon.



"Disebabkan ibu bapa dan kakak saya tidak begitu sihat, situasi menjejas kerja mereka.



"Oleh itu, hanya inilah caranya yang saya dapat lakukan untuk mengurangkan beban kewangan mereka.



"Bukan saya saja yang mereka harus fikirkan, saya juga ada lagi adik-beradik lain yang masih memerlukan sokongan ibu bapa saya. Jadi saya lakukan apa saja untuk membantu mereka," kata anak kedua daripada empat beradik yang bekerja lebih 12 jam seminggu untuk membantu keluarganya.



Bapanya merupakan seorang pemandu dan menghidapi penyakit kronik seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi. Sedang wawancara ini berlangsung, bapanya berada di hospital kerana jangkitan paru-paru.



Ibunya pula pada tahun ini, didiagnos menghidapi penyakit spondylosis serviks di mana ia merupakan keadaan yang berkaitan usia dan menjejaskan cakera tulang belakang di leher. Keadaan ini menyebabkan ibunya tidak dapat bekerja sepenuh masa.



Selain ibu bapanya, Encik Shaywal berkata kakaknya yang sebelum ini pernah terlibat dalam kemalangan motosikal hingga menyebabkan kecederaan tulang belakang, turut bantu menyokong keperluan keluarganya.



Walaupun kakaknya bekerja sambilan sebagai seorang jururawat untuk mengurangkan beban kewangan keluarganya, Encik Shaywal berkata beliau tetap rasa bertanggungjawab dalam menyokong keperluan keluarganya juga.



Namun begitu, pelajar tahun pertama Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dalam bidang perakaunan tidak pernah mengeluh.



"Ia kadangkala agak sukar.



"Dan saya rasa ia akan menjadi semakin sukar setiap tahun dengan lebih banyak kerja sekolah yang perlu dilakukan dan kos sara hidup yang semakin meningkat.



"Kami cuba sedaya upaya untuk terus bertahan," katanya.



Menerima Anugerah Dermasiswa Institut Akauntan Bertauliah Singapura (ISCA) Cares baru-baru ini, beliau dapat menghela nafas lega kerana ia dapat bantu membiayai sebahagian daripada perbelanjaannya.



Anugerah itu diberikan oleh ISCA Cares, cabang amal ISCA. Secara purata, setiap penerima anugerah ISCA Cares mendapat antara $2,500 dengan $5,500 di mana ini dapat bantu untuk menampung yuran tuisyen dan juga kos sara hidup.



Di bawah ISCA Cares juga, Encik Shaywal mempunyai akses kepada program mentoring di mana beliau berpeluang untuk belajar dan mendapatkan nasihat daripada mentor berpengalaman dalam kerjaya perakaunan dan kewangan.



Pada masa yang sama, beliau juga berpeluang untuk menerima tempat latihan amali daripada rangkaian ISCA yang luas.



"Saya bersyukur sangat diberi peluang ini. Saya sekarang dapat memberi tumpuan kepada pengajian saya dan tidak perlu fikir sangat jika saya dan keluarga akan mempunyai keperluan yang mencukupi.



"Sokongan ini mendorong saya untuk bekerja keras supaya masa depan saya dan keluarga saya cerah," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >