Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Flora dan fauna menakjubkan ditemui di S’pura

Jan 05, 2024 | 04:02 PM



Daripada salad laut (sea lettuce) yang tumbuh secara misteri hingga ke penemuan semula pokok walnut yang dianggap telah lama pupus, The Straits Times (ST) meninjau beberapa jenis flora dan fauna mengagumkan dan luar biasa yang ditemui di dalam dan luar kawasan Singapura, yang diterbitkan pada 2023.


Rekod mengenai sejarah semula jadi pulau ini didedahkan untuk tatapan ramai dalam jurnal Nature In Singapore milik Muzium Sejarah Semula Jadi Lee Kong Chian, yang mencatatkan kisah penemuan flora dan fauna di sini.


Alga tumbuh secara misteri

Para saintis di Singapura berasa terkejut apabila sebahagian pantai di  Pulau Sekijang Pelepah atau dikenali juga sebagai Pulau Lazarus bertukar warna kepada hijau pada Jun 2022.

Perubahan warna itu disebabkan kewujudan hamparan salad laut, sejenis alga yang tumbuh mekar di pantai itu – sesuatu yang tidak pernah dilihat di pantai selatan Singapura sebelum ini.

Lebih membimbangkan, hamparan alga genus Ulva yang boleh dimakan itu menutupi tumbuhan rumput laut (seagrass) dan menghalangnya daripada mendapat cahaya dan oksigen.


Rumput laut memainkan peranan penting dalam memerangi perubahan iklim. Salad laut yang tumbuh segar di kawasan itu “membawa risiko kepada ekosistem yang berharga ini”, tulis para penyelidik, Cik Pavarne Shantti, Encik Adrian Dwiputra dan Dr Tasya Vadya Sarira dalam rekod yang diterbitkan pada Januari 2023.

Di seluruh dunia, padang rumput laut menyedut karbon yang memanaskan bumi sehingga 35 kali lebih cepat daripada hutan hujan tropika.

Padang rumput laut juga menyediakan tempat tinggal dan makanan untuk pelbagai jenis hidupan seperti timun laut (sea cucumber) dan dugong.


Punca sebenar tumbuhan alga di pantai itu tidak jelas. Walau ia masih wujud pada Jun 2023, ia tidak tumbuh dalam jumlah yang besar, kata Cik Pavarne, bekas penolong penyelidikan di Institut Sains Marin Tropika, Universiti Nasional Singapura (NUS).  

Lintah laut Singapura

Dalam satu kegiatan menyelam di perairan Pulau Hantu pada waktu malam, penggemar hidupan marin, Cik Toh Chay Hoon, memetik gambar seekor lintah laut (sea slug) lut sinar yang amat kecil.

Kemudian, ketika meneliti gambar itu, eksekutif kanan di NUS berusia 46 tahun itu sangat teruja apabila mengetahui bahawa lintah laut atau ‘nudibranch’ itu tidak pernah dilihat di Singapura sebelum ini.

Rakamannya itu menunjukkan lintah laut daripada spesies Myja longicornis sedang makan hidroid, sejenis haiwan yang boleh menyengat dan ada kaitan dengan ubur-ubur. Penemuan itu diterbitkan pada Februari 2023.


Lintah laut adalah sejenis haiwan yang aktif pada waktu malam atau nokturnal.

“Lintah laut ini mungkin sudah ada di perairan kita selama ini tetapi kita mungkin terlepas pandang kerana saiznya yang kecil, iaitu sekitar tiga milimeter, dan kerana tidak banyak kegiatan menyelam dibuat pada waktu malam,” jelas Cik Toh.

Cik Toh telah menyumbang sekitar 20 rekod baru spesies lintah laut di sini sejak 2013.

Pokok walnut yang disangka pupus

Selama lebih seabad, satu-satunya pokok walnut asli yang wujud di Singapura dipercayai telah pupus selamanya.

Bagaimanapun, ia berubah apabila kakitangan veteran Lembaga Taman Negara (NParks), Encik Ali Ibrahim, ternampak sebiji buah tiga sayap atau kelopak, dalam sampah daun pada Ogos 2022.

Buah itu dikesan berasal daripada pokok spesies Engelhardia serrata, yang dianggar setinggi 33 meter dan tumbuh tinggi di Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah.


Penyelidik kanan di Kebun Bunga Singapura (SBG), Dr Chong Kwek Yan, dan pengarang bersama rekod yang mencatat penemuan itu, berkata: “Sebelum penemuan ini, Engelhardia serrata dianggap telah pupus di Singapura kerana ia kali terakhir dilihat di sini sekitar 128 tahun lalu pada 1894.”


Pokok itu ditemui semula dalam satu kegiatan pemantauan hutan oleh NParks.

Musang pulut dan kongkang

Pakar primatologi, Dr Andie Ang, sedang meneliti rakaman 190 malam daripada sebuah kamera yang telah diletak pada ketinggian 14 meter atas sebuah pokok, apabila beliau terlihat seekor haiwan.

Beliau amat gembira apabila mengetahui haiwan itu adalah seekor musang pulut (palm civet) bergigi kecil yang jarang ditemui di sini. Namun, beliau terkejut apabila melihat ia sedang menggigit seekor kongkang (slow loris) tempatan yang terancam.


Dr Ang berkata: “Ia adalah spesies tempatan yang terancam secara kritikal sedang makan spesies terancam.”

Penemuan itu diterbitkan oleh Dr Ang dan pengarang bersama, Cik Sabrina Jabbar pada Mac 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >