Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Gaji rendah buat siswazah universiti Islam tak mahu jadi ustaz?

Jul 23, 2023 | 05:31 AM



Adakah gaji – lebih tepat, gaji rendah – antara faktor utama yang menyebabkan siswazah universiti Islam ‘kurang minat’ menjadi ustaz atau ustazah?

Berapa gaji yang wajar dibayar kepada asatizah?

Apakah antara cabaran untuk melaksana gaji minimum bagi asatizah?

Soalan-soalan tersebut, serta banyak lagi, dibincang dalam podcast Berita Harian #NoTapis mengenai gaji asatizah di Singapura baru-baru ini.


Isu gaji asatizah sudah lama dibincangkan dan ia semakin mendapat perhatian kebelakangan ini, terutama menyusuli pengumuman Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkaitan pelaksanaan Garis Panduan Gaji Umum (CSG) Asatizah dari 2023 hingga 2025.

Panelis perbincangan tersebut terdiri daripada Ketua Sumber Manusia Muis, Cik Indahsuria Mokhtar; bendahari kehormat Majlis Tertinggi Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustazah Nadia Hanim Abdul Rahman; dan Ustaz Mohammad Shahid Noor’ain, yang mengendalikan Pusat Arab As-Souq yang juga seorang ejen hartanah.

Podcast tersebut dikendalikan wartawan Berita Minggu Natasha Mustafa.


Dalam podcast tersebut, Ustaz Mohammad berkongsi pengalaman beliau memasuki alam pekerjaan dalam sektor keagamaan dengan gaji sekitar $1,800 lebih 14 tahun lalu.

“Pada masa itu mungkin tak sedar sangat (soal gaji), pasal belum ada komitmen, belum berumah tangga.

“Tapi kalau sekarang, ada yang lihat, eh kalau kerja Grab pun boleh bawa balik $3,000, $4,000, misalnya. Jadi sekarang perbandingannya itu sudah lebih luas,” kata beliau.

Justeru, beliau melahirkan harapan agar semakan ke atas gaji asatizah, terutama asatizah siswazah di masjid dan madrasah, disemak secepat mungkin sebelum jurang antara gaji sektor keagamaan dengan sektor lain semakin luas.

Imbas kod QR atau lungsuri beritaharian.sg untuk mendengar perkongsian tersebut dalam #NoTapis. – SITI AISYAH NORDIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >