Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

ZAKAT RINGANKAN BEBAN IBU

Ibu dulu ligat kerja kini duduk rumah... sakit tulang belakang

Jan 02, 2022 | 05:30 AM



DAHULUNYA beliau seorang yang aktif dan gemar bersenam.



Masa lapangnya akan digunakan untuk menyertai kelas senaman atau ke gimnasium.



Namun sejak mengalami kecederaan tulang belakang di bahagian bawah atau lumbar, Cik Nor Khairani Adam tidak lagi dapat melakukan semua itu.



Pergerakan beliau sekarang terbatas dan beliau kini lebih banyak meluangkan masa di rumah.



"Kalau hendak berjalan jauh, saya memang sudah tidak mampu. Nak berjalan ke perhentian bas depan rumah saya ni pun saya sudah termengah-mengah dan kaki akan berasa sakit," kata ibu tunggal lima orang anak berusia 57 tahun itu.



Cik Nor Khairani terpaksa menjalani pembedahan pada 2002 dan sejak itu, tidak lagi bekerja sepenuh masa.



Akibat kecederaan tersebut, beliau terpaksa berhenti kerja setelah doktor menasihatkan agar beliau tidak melakukan kerja-kerja berat yang boleh menjejas dan memburukkan lagi keadaannya.



Disebabkan rasa gelisah setiap kali beliau duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa, Cik Nor Khairani memutuskan untuk membantu secara sambilan di gerai makanan milik abangnya, tanpa mempedulikan nasihat doktor.



"Dulu saya memang seorang 'workaholic' atau suka bekerja tanpa menghiraukan masa.



"Jadi dengan kesempatan yang diberikan, saya fikirkan bahawa dengan pekerjaan ini dapat juga saya menampung perbelanjaan keluarga, terutama anak-anak saya yang masih bersekolah.



"Kalau saya tidak bekerja, nanti ada pula orang yang akan kata saya hanya malas dan sebagainya," ujar Cik Nor Khairani yang telah berpisah dengan suaminya.



Meskipun cuba menggagahkan diri, beliau mula sedar bahawa kesakitan pada tulang belakangnya kini semakin bertambah teruk. Kesakitan yang dirasakan itu kini menjejas keseluruhan kesihatannya.



Cik Nor Khairani kini mudah berasa lelah dan lesu meskipun tidak melakukan apa-apa. Beliau juga didiagnosis dengan 'apnea tidur' - gangguan pada pernafasan secara berulangan semasa sedang tidur.



Perbualan beliau tidak serancak dulu. Ketika dihubungi Berita Minggu (BM) menerusi panggilan telefon, beliau akan berhenti sejenak untuk menarik nafas.



"Dengan keadaan saya seperti ini, bagaimanalah saya hendak lakukan kerja, sedangkan kerja rumah yang mudah pun tampak sukar untuk saya," keluhnya.



Tanpa pendapatan bulanan yang tetap, Cik Nor Khairani mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan kewangan zakat dari Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Beliau kini telah mendapat bantuan tersebut selama hampir 20 tahun.



Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran hidup, beliau yang kini duduk serumah dengan dua anaknya - yang keempat, yang baru mendapat pekerjaan dan bongsu yang akan tamat pengajiannya di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) - mengharunginya dengan penuh ketabahan.



Sambil melahirkan rasa syukur dengan sumbangan dari Muis itu, Cik Nor Khairani berkata:



"Alhamdulillah dengan bantuan kewangan ini, dapat juga ia membantu meringankan beban saya.



"Saya dapat gunakan wang itu untuk keperluan rumah seperti membayar bil air dan elektrik serta perbelanjaan perubatan yang diperlukan.



"Saya berharap selepas ini, Muis dapat terus membantu kami yang masih memerlukan bantuan."




"Alhamdulillah dengan bantuan kewangan ini, dapat juga ia membantu meringankan beban saya.

Saya dapat gunakan wang itu untuk keperluan rumah seperti membayar bil air dan elektrik serta perbelanjaan perubatan yang diperlukan.

Saya berharap selepas ini, Muis dapat terus membantu kami yang masih memerlukan bantuan.''

- Cik Nor Khairani Adam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >