Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Islam izin awet mayat dalam keadaan tertentu, terdesak

Perlu lebih ramai orang Islam belajar kepakaran awet jenazah bagi tujuan urus jenazah Muslim
Jun 30, 2023 | 05:30 AM



Hukum asal mengawet mayat adalah haram dalam Islam tetapi ia dibolehkan dalam beberapa keadaan terdesak, menurut Ustaz Yusuf Rahman, pengarah syarikat Alkhatib Basharahil Islamic Singapore, yang antaranya menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah.

Keadaan mendesak itu termasuk keperluan mengawal penyakit berjangkit atau bagi menghantar mayat pulang ke negara asalnya.

“Di Singapura, ia adalah atas dasar keperluan, iaitu apabila mayat perlu diawet untuk ikut garis panduan pihak berkuasa.

“Bagi urusan import jenazah ke Singapura atau keluar dari Singapura, ia perlu diawet, baik orang bukan Islam mahupun orang Islam,” jelas Ustaz Yusuf.

Beberapa syarikat pengurusan jenazah yang dihubungi Berita Harian mengatakan mereka secara purata menguruskan satu hingga tiga mayat Muslim yang perlu diawet setiap bulan.


Mayat-mayat itu biasanya adalah warga asing seperti pekerja pembinaan dari Bangladesh dan India atau pembantu rumah dari Indonesia.

Syarikat pengurusan jenazah Islam juga lazimnya menggunakan perkhidmatan privet atau syarikat lain bagi proses mengawet mayat.

Jurucakap syarikat pengurusan jenazah Al-Khayrat berkata:

“Kami akan ambil mayat dari hospital dan hantarnya ke rumah mayat untuk proses mengawet, yang makan masa dari dua hingga empat jam.

“Sementara menunggu proses mengawet selesai, kami akan pergi ke kedutaan dan beberapa tempat untuk memohon dokumentasi penerbangan serta pengiriman keluar jenazah.

“Selesai sahaja proses mengawet, kami akan mandikan, kafankan dan solatkan mayat dan kemudian masukkan ke dalam keranda dan ditutup rapi dengan bungkusan mengikuti piawaian pihak penerbangan.”

Ustaz Yusuf menjelaskan proses mengawet jenazah merangkumi pelbagai kaedah.

Yang pertama ialah proses melibatkan tubuh dipotong dan cecair badan serta darah disedut keluar. Ini bagi tujuan memelihara mayat buat tempoh lama, seperti beberapa minggu.

Yang kedua ialah penyuntikan kimia yang memastikan mayat bertahan hingga 48 jam dan tidak menjadi busuk, manakala yang terakhir ialah penyiraman kimia untuk memelihara mayat buat sementara waktu sahaja.

Ustaz Yusuf berkata memandangkan Islam mengajar bahawa mayat dapat berasa kesakitan dan perlu diuruskan secara hormat dan dengan lembut, perlu ada orang Islam yang belajar kemahiran mengawet mayat agar dapat melakukannya mengikut ajaran Islam.

“Perlu sangat orang Islam belajar kemahiran ini, kerana kalau kita lihat bilangan orang yang bantu (melakukan perkhidmatan mengawet), ia sedikit sangat.

“Kebanyakan mereka yang melakukan kerja itu sekarang adalah orang bukan Islam yang mungkin tidak tahu tatatertib atau adab mengurus mayat dalam Islam,” ujarnya sambil menekankan bahawa Muslimah juga perlu belajar bagi membantu menguruskan, termasuk mengawet, mayat wanita Islam yang perlu dipulangkan ke negara asal.

Ustaz Yusuf juga menasihati keluarga merelakan ahli keluarga dikebumikan di negara tempat mereka meninggal dunia, kecuali jika tidak dibenarkan berbuat demikian.

“Seeloknya kebumikan di sana, supaya tak menahan mayat beberapa hari atau beberapa bulan. Kalau meninggal di semenanjung Malaysia mungkin mudah tetapi kalau di negara yang jauh, kita perlu meredakan beliau dikebumikan di sana.

“Ada waris ingin bawa pulang mayat walaupun negara itu membenarkan warga asing dikebumikan di sana. Nasihatnya secara umum ialah lebih elok disemadikan di sana.

“Memindahkan mayat untuk disemadikan di tempat selain tempat beliau meninggal dunia adalah haram (kerana perlu diawet), kecuali keadaan terdesak dan ia tidak dapat dielakkan,” tambah Ustaz Yusuf.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >