Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Johor saran laluan kontra dibuka atasi sesak luar biasa di 2 CIQ

Jun 3, 2023 | 4:29 PM
SESAK DI CIQ: Laluan kontra disaran diaktifkan bagi mengatasi kesesakan luar biasa CIQ BSI dan KSAB. lebih 258,000 pengembara menggunakan laluan di BSI dan 63,000 pengembara di KSAB, direkodkan pada petang Khamis.
SESAK DI CIQ: Laluan kontra disaran diaktifkan bagi mengatasi kesesakan luar biasa CIQ BSI dan KSAB. lebih 258,000 pengembara menggunakan laluan di BSI dan 63,000 pengembara di KSAB, direkodkan pada petang Khamis. - Foto NSTP/IHSAN FB ONN HAFIZ GHAZI

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor menyarankan laluan kontra diaktifkan bagi mengatasi kesesakan luar biasa di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kesesakan luar biasa sejak Khamis lalu itu berlaku susulan musim cuti sekolah, cuti umum dan cuti hujung minggu.

Beliau berkata, lebih 258,000 pengembara menggunakan laluan di BSI dan 63,000 pengembara di KSAB, direkodkan pada petang Khamis, lapor agensi berita Bernama.

“Bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang, saya telah meminta pengurusan BSI dan KSAB mempertimbangkan agar laluan kontra dibuka khusus bagi pengembara yang menggunakan laluan pejalan kaki dan pengangkutan awam, terutama sekali sewaktu musim cuti sekolah atau cuti panjang.

“Laluan kontra ini boleh diaktifkan bagi pergerakan masuk (inbound) dan keluar (outbound) dari negara ini dalam tempoh tertentu, seperti musim cuti sekolah atau musim perayaan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya, malam Jumaat.

Datuk Onn Hafiz, yang turun padang bagi meninjau kesesakan di CIQ BSI semalam, berkata pengguna Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) juga disaran merancang perjalanan terlebih dahulu supaya tidak terperangkap dalam kesesakan.

Beliau, pada masa sama, turut memohon agar pegawai Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk terus memastikan kelancaran aliran trafik keluar dan masuk ke negara ini.

Terdahulu, beberapa keping gambar kesesakan di CIQ BSI yang antaranya memaparkan orang ramai beratur panjang untuk memasuki bangunan itu, dikongsikan orang awam di media sosial.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg