Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Imigresen Johor siasat aduan warga Singapura berhubung isu cap pasport

May 23, 2023 | 03:10 PM



JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen (Imigresen) akan menyiasat aduan pasangan dari Singapura yang didakwa tidak dibenarkan memasuki Malaysia kerana mempertikai tindakan pegawainya.

Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Encik Baharuddin Tahir, berkata isu itu dalam siasatan pihaknya, lapor Berita Harian Malaysia.


Terdahulu, seorang lelaki warga Singapura, Encik Abdul Qayyuum Rahim, mendakwa diberi notis larangan memasuki Malaysia selama enam bulan kerana mempersoal cara seorang pegawai Imigresen yang mengecap pasport mereka secara berselang muka surat.

Lelaki itu berkata, kejadian berlaku ketika beliau dan isterinya dalam perjalanan ke Johor Bahru dan melalui pemeriksaan di Linkedua dekat Gelang Patah, pada 20 Mei lalu.

“Kami terperangkap di pusat pemeriksaan selama sejam kerana hanya ada dua kaunter yang dibuka. Setibanya di kaunter, pegawai itu menyuruh kami menanggalkan penutup pasport kami dengan nada yang tidak sopan.

“Saya kemudian menanggalkan penutup dan memberikan pasport kepadanya dan selepas beliau mengesahkan butir-butir kami, beliau terus mengecap pasport.

“Setelah menyemak pasport, saya mendapati pegawai itu sengaja meninggalkan halaman kosong pada pasport saya. Begitu juga pasport isteri saya, beliau cap pada muka surat 27, sebelum menconteng di atasnya dan cap semula di muka surat 28 tanpa sebarang sebab,” katanya.

Lelaki itu kemudian meletakkan motosikalnya dan mereka berjalan ke pejabat serta bertanya kepada seorang pegawai lelaki mengenai apa prosedur untuk membuat aduan terhadap pegawai terbabit di kaunter.

Katanya, pegawai itu mengarahkannya membuat aduan secara dalam talian tanpa menjelaskan bagaimana aduan perlu dibuat.

“Pegawai itu juga meninggikan suara dan menyuruh kami buat di luar pejabat. Mereka tidak perlu buat seperti itu,” katanya.

“Selepas beberapa kali isteri saya bertanya kepadanya tentang cara melakukannya di laman web, beliau berasa jengkel dan mengambil pasport daripada kami. Kami dibawa ke pejabat lain di aras dua di mana kami diberikan surat Penolakan Masuk oleh seorang Penolong Superintenden wanita keturunan India,” kata Encik Qayyuum.

Katanya, apabila mereka meminta penjelasan mengapa diberikan surat penolakan itu sedangkan mereka hanya ingin tahu sebabnya, pegawai itu tidak dapat memberi jawapan.

“Sebaliknya, beliau meninggikan suara dan secara sinis memberi kami pilihan untuk diharamkan masuk Malaysia sama ada enam bulan atau setahun. Selepas itu, beliau memberitahu kami diharamkan selama enam bulan daripada memasuki Malaysia tanpa sebab yang sah,” katanya.

Tambah Encik Qayyuum lagi, pegawai di kaunter itu tidak memakai tanda nama, jadi dia tidak dapat mendapatkan namanya manakala pegawai lelaki di pejabat pertama tidak memakai seragam yang sepatutnya, hanya berbaju-T dan jaket. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >