Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana
33
0

Kaum Adam mungkin sumbang kepada masalah ketidaksuburan

Jun 05, 2023 | 06:42 AM

APABILA beliau dan isteri belum dikurniakan zuriat setelah lebih setahun mencuba, Encik Mimrah Mahmood, sedar beliau mungkin menyumbang kepada masalah tersebut.

Meskipun tidak mengalami sebarang petanda, Encik Mimrah sedar bahawa sebahagian besar lelaki mengalami masalah ketidaksuburan yang mungkin menjejas usaha mendapatkan zuriat.

Berdasarkan kesedaran tersebut, beliau tidak teragak-agak untuk menjalani pemeriksaan pada 2017 bersama isterinya, Cik Rafidah Jalil, untuk menentukan sama ada masalah yang dihadapi mereka boleh dirawat atau tidak.

Setelah menjalani pemeriksaan pada 2017, Encik Mimrah diberitahu doktor bahawa bilangan sperma daripada air maninya, atau sperm count, terlalu rendah dan mereka perlu menjalani rawatan persenyawaan in vitro, atau in-vitro fertilisation (IVF) serta merta jika ingin mempunyai anak.

Ini meskipun isterinya, Cik Rafidah Jalil, tidak mengalami sebarang masalah ketidaksuburan.

“Sejak dahulu lagi saya memang cukup prihatin jika ada sebarang masalah kesihatan yang saya hadapi, jadi saya tak pernah teragak-agak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, ini sesuatu yang saya utamakan.

“Saya sedar akan kemungkinan masalah ketidaksuburan yang dialami kaum lelaki. Namun apabila mendapat berita itu, saya tetap terkejut, tetapi terus memikirkan tentang huraian terhadap isu ini, apa alternatif yang boleh kami lakukan untuk mendapatkan zuriat,” kata Encik Mimrah, kini 39 tahun.

Untuk mengawal emosinya, beliau memberi tumpuan kepada mencari huraian dan bersyukur doktor terus menyarankan alternatif dengan segera.

Rawatan IVF pertama mereka pada 2017 berhasil dan anak sulung pasangan itu lahir pada tahun itu.

Pasangan itu kemudian terus menjalani IVF selama lebih lima tahun dan kini mempunyai tiga anak – anak sulung berusia lima tahun dan sepasang kembar berusia tiga tahun.

Mereka dikurniakan sepasang kembar selepas menjalani pusingan IVF keempat ketika pandemik Covid-19 melanda.

Menurut Encik Mimrah, kaum lelaki perlu sedar bahawa mereka juga boleh mengalami masalah ketidaksuburan, bukan hanya wanita.

“Mereka perlu merendahkan ego dan menerima kenyataan bahawa usaha mendapatkan zuriat memerlukan kededua pasangan memainkan peranan. Isu ini sering tidak terlintas di fikiran ramai lelaki, tapi mereka juga perlu menjalani ujian untuk melihat apakah mereka menyumbang kepada ketidaksuburan,” katanya.

Apabila mendapat tahu tentang masalah bilangan air mani rendah yang menjejas peluang mereka mendapatkan zuriat, mereka berasa lega meskipun agak kecewa, menurut Cik Rafidah.

“Pada awalnya, kami berasa bimbang jika tiada air mani langsung, namun selepas menjalani pemeriksaan yang lebih mendalam, kami diberitahu masih ada sperma tetapi bilangannya rendah.

“Ini sebenarnya memberikan kami harapan untuk mempunyai anak sendiri,” kata Cik Rafidah.

Tambahan lagi dengan diagnosis doktor, pasangan itu kini tahu akan masalah ketidaksuburan yang dihadapi dan huraian yang boleh diusahakan.

Cik Rafidah berkata: “Saya beruntung kerana suami saya seorang yang berfikiran logik, memahami sains serta kemungkinan di sebalik apa yang kami hadapi.

“Beliau yang membantu saya mengawal emosi saya yang agak terkejut apabila perlu menjalani IVF pada usia 31 tahun.

“Kami juga amat bertuah kerana ibu bapa dan keluarga kami memberikan sokongan – fizikal dan juga emosi – yang padu dan amat diperlukan semasa proses IVF itu. Ini amat penting bagi kami.”

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3