Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

‘Kedai mamak’ cetus nostalgia, mesra pelanggan

Pemilik ‘Hajee Kiosk’ ikrar terus bertahan
sekalipun hadapi saingan sengit
dari pasar raya, ‘minimart’ moden
Jul 02, 2023 | 05:30 AM



Seperti ramai pekerja lain, Encik Hajee Masavu Mohamed akan bersiap untuk keluar bekerja sekitar 5.30 pagi.

Bezanya, ‘pejabat’ Encik Hajee terletak di bawah unit flatnya di Blok 151 Tampines Street 12.

Setiap pagi, Encik Hajee, 66 tahun, perlu memastikan kedai runcit bawah blok itu, yang diberi nama Hajee Kiosk, bersedia menerima pelanggan yang ingin singgah sebelum ke tempat kerja atau ke sekolah.

Demikian rutin hariannya sejak kedai runcit itu dibuka 37 tahun lalu.

“Sebelum orang ramai ke kerja, kedai saya perlu siap dulu.

“Biasanya pagi-pagi ramai yang beli suratkhabar, makanan sarapan seperti roti, kuih, karipap atau air,” Encik Hajee memberitahu Berita Minggu (BM) semasa ditemui di kedainya baru-baru ini.


Hajee Kiosk merupakan antara kedai runcit ikonik yang lebih dikenali dengan panggilan ‘kedai mamak’ yang popular sekitar 1980-an hingga awal 1990-an.

Kedai-kedai runcit ini biasanya dimiliki dan dikendalikan anggota masyarakat India, justeru dipanggil kedai ‘mamak’ yang bermaksud ‘pak cik’ dalam bahasa Tamil.

Sekitar lewat 1990-an dengan meningkatnya populariti pasar raya besar atau ‘minimart’ moden yang berhawa dingin, jumlah kedai mamak semakin berkurang.

Encik Hajee akui perniagaannya turut terjejas sekitar lewat 1990-an hingga sekarang, terutama dengan lebih banyak permintaan bagi khidmat penghantaran barangan runcit ke rumah.

Namun, menurut Encik Hajee, masih ada pelanggan tetap yang kekal dengannya sejak lebih 30 tahun lalu dan dianggap seperti keluarga sendiri.

“Mereka dah jadi pelanggan saya dari dulu hingga sekarang, sampai dah beranak pinak dan bercucu.

“Sekarang cucu mereka pun datang beli gula-gula dengan saya,” katanya, yang juga merupakan datuk kepada dua cucu berusia empat tahun dan kurang sebulan.

Meskipun Hajee Kiosk sudah memperkenalkan bayaran secara digital seperti PayNow, ia masih menerima cara bayaran “orang lama”.

“Memang mereka yang nak tawar-menawar sekarang berkurang, tapi kita masih juga teruskan kadang-kadang.

“Ada juga pelanggan yang tak mampu bayar serta-merta, jadi kita masih simpan buku pinjaman. Saya biasanya tak tuntutlah, bila mereka boleh bayar, mereka bayar,” ujar Encik Hajee.

Namun, ini hanya khas untuk pelanggan yang sudah dikenal lama kerana “perlu ada hubungan yang saling mempercayai” tambahnya, yang mengendalikan kedainya itu sendirian tanpa kakitangan.

Meskipun perniagaan tak serancak dahulu, Encik Hajee berpendapat legasi ‘kedai mamak’ ini tidak akan hilang di Singapura.

“Kedai mamak ini mencetus nostalgia, dan ramai yang teringat pengalaman mereka semasa kecil-kecil apabila mereka melihat kedai di bawah blok seperti ini.

“Yang lebih penting adalah ciri kemesraan yang pastinya wujud pada kedai-kedai seperti ini yang menjadi tempat berinteraksi dan beramah antara jiran dan juga pekedai,” kata Encik Hajee.

Semasa temu ramah itu, kami terserempak salah seorang pelanggan tetap di Hajee Kiosk, Encik Amir Khan.

“Saya memang tinggal di sini dari kecil, dan walaupun saya sekarang dah pindah, saya tetap ke sini untuk beli barangan.

“Bagi saya, kedai mamak seperti ini ada nostalgianya, teringat zaman-zaman dulu,” ujar Encik Amir.

Encik Hajee mencelah dan berseloroh sambil tertawa: “Ya beliau pergi dating ke mana-mana dulu pun saya tahu.”


Selagi terdaya, Encik Hajee akan terus mengendalikan kedainya itu, meskipun kededua anaknya tidak akan mengambil alih perniagaan tersebut.

Katanya: “Saya akan terus berniaga selagi mampu. Tetapi kalau sudah tidak terdaya sekalipun, saya kalau boleh tidak ingin melepaskan kedai ini, mungkin saya akan sewakan saja.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >