Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Lebih prihatin tentang diet lepas hidap diabetes

Kekalkan hidup aktif; pekerjaan sebagai pegawai jarak selamat mudahkan berjalan 10,000 langkah sehari
Feb 07, 2022 | 05:30 AM



DAHULU, Encik Adib Hakim Abdul Rahim seorang yang 'kuat manis'.



Beliau biasa makan pencuci mulut gulab jamun (bebola susu manis) seperti "makan nasi" dan minum air sirap dengan kandungan sirapnya berlebihan.



Tetapi kini beliau belajar memilih pemakanan sihat setelah menghidap diabetes/kencing manis selama lebih kurang 10 tahun.



"Ada satu masa itu, saya buat kerja sukarela di masjid, saya buat air teh. Semua orang tidak boleh minum. Saya rasa biasa saja," cerita Encik Adib Hakim, 48 tahun, tentang cara pemakanannya dahulu.



Sebelum merubah cara pemakanannya, antara yang beliau suka minum ialah Milo, air berkarbonat, teh-O ais limau dan pencuci mulut lain seperti kek, pengat pisang dan kuih-muih.



"Saya suka makan. Saya suka mencuba sesuatu yang baru. Pantang orang kata 'kat sini ada kedai kuih baru. Kedai pencuci mulut di sana sedap'... Saya akan cuba. Gaya hidup saya senang cakap saya gelar diri saya 'Uncle Foodie'," tambahnya.



Beliau, yang kini bekerja sebagai pegawai jarak selamat dan juga perunding operasi dan acara, dibesarkan dengan masakan neneknya seperti rendang dan sate.



"Apa yang saya nak... sebut, mereka akan masak. Walaupun pada tahap burger sekali pun, adalah buatan sendiri," kongsinya tentang keluarganya yang jarang makan di luar demi mahu berjimat.



Arwah ibu dan arwah bapanya mempunyai sejarah penyakit diabetes.



Setelah mendapat tahu beliau juga menghidap penyakit ini, pada awalnya beliau turut mempunyai masalah kolesterol yang tinggi.



Encik Adib Hakim cuba menangani masalah kolesterolnya dahulu dengan mengurangkan makanan segera dan makanan berminyak seperti ayam goreng.



Beliau juga pernah diserang penyakit palsi Bell pada 2018 dan 2020. Apabila mengembara di luar negara dan diserang penyakit ini, doktor di sana memberinya steroid yang amat tinggi dosnya hingga menjejas diabetesnya kepada tahap yang membimbangkan.



"Apabila makan steroid itu, kadar diabetes tinggi. Tekak ini tak panas pun rasa haus. Haus teramat sangat macam kita berlari jauh dan buang air kecil itu setiap satu jam, setengah jam. Dan kadar lemahnya teramat sangat, yang tidak biasa. Badan itu macam melayang," katanya tentang keadaannya ketika diabetesnya tinggi.



Apabila beliau ke Hospital Tan Tock Seng untuk mendapatkan rawatan palsi Bell, doktor memberitahu bahawa kadar gulanya terlalu tinggi hingga mencecah angka 50 dan perlu dikawal segera.



Dari situ, bagi mengawal kadar gula dalam darahnya, selain daripada makan ubat, beliau mengaktifkan dirinya dan memberi perhatian lebih dalam mengawal diabetesnya.



Gaya hidup dan pemilihan makanannya berubah. Dahulu, jika air putih jarang diminum, kini katanya "berbotol-botol" air putih diminumnya.



"Saya mula baca. Biasa orang Islam akan periksa halal tak halal bahan-bahannya. Sekarang ini saya akan baca kandungan nutrisinya dan fokus saya adalah... gula. Berapa gram setiap hidangan? Apa yang boleh diterima untuk saya adalah 6 gram setiap 100ml," kongsinya lagi sambil menambah bahawa beliau masih makan apa yang disukainya tetapi mengurangkan jumlah atau bahagiannya sekecil-kecilnya.



"Dapat rasa pun jadilah," tambahnya dan ini pada awalnya sangat susah tetapi beliau perlu pujuk hati sendiri bahawa "dah rasa, dah oklah".



Beliau mengekalkan kehidupan aktif, malah pekerjaannya sebagai pegawai jarak selamat memudahkannya berjalan 10,000 langkah sehari.



Encik Adib Hakim masih terus juga mendapatkan nasihat daripada doktor dan jururawat diabetesnya di Hospital Tan Tock Seng untuk membantunya dalam mengawal diabetesnya.



Beliau berpendapat penting bagi pesakit diabetes sepertinya kekal dan konsisten dengan seorang doktor yang mengikuti perjalanannya dalam menangani masalah penyakitnya ini.




AMAT PRIHATIN TENTANG KANDUNGAN GULA DALAM MAKANAN



"Saya mula baca. Biasa orang Islam akan periksa halal tak halal bahan-bahannya. Sekarang ini saya akan baca kandungan nutrisinya dan fokus saya adalah... gula. Berapa gram setiap hidangan? Apa yang boleh diterima untuk saya adalah 6 gram setiap 100ml."

- Encik Adib Hakim Abdul Rahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >