Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

PENDIDIK BAHASA MELAYU dijunjung

Manfaatkan teknologi untuk tarik minat murid pelajari bahasa

Majlis penyampaian Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) diadakan baru-baru ini bagi mengiktiraf guru Bahasa Melayu di atas sumbangan cemerlang mereka dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. BERITA HARIAN memaparkan lima pemenang bagi Kategori Teladan dan Kategori Perangsang dalam laporan berikut.
Nov 11, 2022 | 05:30 AM



BERBEKALKAN pengalaman lalu sebagai pereka grafik dan berbilang media, guru Bahasa Melayu, Encik Mohamad Firuz Jelaludin, dapat memanfaatkan teknologi dengan berkesan untuk menarik minat murid-muridnya mempelajari bahasa tersebut.



Beliau yakin apabila pelajaran menyeronokkan dan menarik, seperti melibatkan murid-murid dalam menghasilkan komik, watak kartun dan video animasi, mereka akan terdorong untuk mempelajari lebih banyak lagi.



Beliau juga telah menghasilkan alat pengajaran yang dipanggil Kiub Peribahasa bagi membolehkan murid-muridnya mengenali peribahasa dan belajar maknanya.



Dengan adanya kiub itu, murid dapat mempelajari makna simpulan bahasa dengan lebih seronok dan bukan sekadar menghafal makna simpulan bahasa daripada senarai atau daripada buku teks sahaja.



Guru kanan di Sekolah Rendah Anchor Green itu menerima Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) bagi Kategori Teladan di satu majlis baru-baru ini.



Sebelum menceburi bidang perguruan pada 2006, Encik Mohamad Firuz bekerja sebagai pereka grafik dan berbilang media selama lima tahun kerana beliau memegang diploma dalam bidang Visual Communication daripada Politeknik Temasek.



Kecenderungan dan minatnya dalam bidang seni visual membantunya membina bahan pengajaran serta melakarkan rancangan pengajaran yang dapat menarik minat murid terhadap pembelajaran bahasa ibunda.



"Anugerah ini mendorong saya untuk memberi lebih sumbangan bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga di luar dengan membina rangkaian dengan guru-guru lain untuk mencapai lebih banyak lagi murid-murid di luar sana ataupun masyarakat di luar sana untuk memperjuangkan dan memperkasakan lagi bahasa Melayu di Singapura," kata Encik Mohamad Firuz, 44 tahun.



Beliau berkata tidak dinafikan murid-murid zaman sekarang merupakan pengguna teknologi digital, atau 'digital native' dan lebih terdorong mempelajari sesuatu menerusi teknologi.



Justeru, guru-guru perlu kreatif dalam pemilihan bahan pengajaran yang sesuai dengan keperluan pelajar mereka.



"Kita juga sebagai guru menyahut cabaran itu untuk kita membina bahan pelajaran dan pembelajaran yang berasaskan teknologi maklumat (IT) dan teknologi.



"Jadi murid-murid sekarang tidak kekok kalau ingin membuat pembentangan, membuat rakaman video ataupun podcast. Jadi itu yang kita akan cuba lakukan untuk menarik minat mereka," katanya.



Selain cabaran untuk bahagian akademik, Encik Mohamad Firuz berkata guru juga tidak lupa mengajar nilai-nilai yang mulia kepada murid-murid di sekolah.



"Jadi antaranya ialah mendidik anak-anak bangsa kita, terutama murid-murid Melayu, tidak melupakan nilai budaya Melayu dan juga bahasa itu sendiri supaya tidak ditelan zaman dan masih lagi digunakan untuk generasi akan datang," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >